Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hiba apabila terpaksa masuk hospital pada malam Hari Raya

May 07, 2022 | 05:30 AM



AMALAN seperti membersihkan rumah selain bertakbir di malam Hari Raya berubah menjadi sedih buat Siti Nur Aini Hamid apabila beliau dimasukkan hospital selepas mengalami sakit mendadak di perutnya.



Pemeriksaan doktor menunjukkan gadis berusia 29 tahun itu mengalami masalah batu hempedu atau gallstone.



Akibatnya beliau terpaksa dimasukkan ke wad pada tengah malam 2 Mei lalu sementara menanti masa yang sesuai untuk dibedah bagi mengeluarkan batu hempedu itu.



Semasa dihubungi Berita Harian, beliau yang lebih selesa dengan panggilan Aini berkata masalah sakitnya itu dialami sedang beliau lakukan penghantaran kuih-muih Raya yang disiapkannya ke rumah para pelanggannya sekitar 10 malam itu.



"Mujur masalah itu menjadi teruk di penghujung rumah klien saya.



"Ketika itu tiba-tiba bahagian kanan perut saya terasa amat sakit.



"Saya cuba tarik dan buang nafas secara perlahan, namun tidak berhasil," ujarnya yang sebelum ini sudah merasakan sakit di perutnya itu sejak dua minggu lalu.



Cik Aini, yang bekerja sepenuh masa dalam bidang teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa, berkata beliau kemudian ambil keputusan bergegas ke jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) di sebuah hospital.



Selepas menjalani imbasan, doktor mengesan batu hempedu dengan beliau perlu menjalani pembedahan.



Beliau juga disahkan menghidap jangkitan pada air kencingnya.



"Ini bermakna doktor hanya akan menjalankan pembedahan selepas saya pulih daripada jangkitan pada air kencing saya. Sementara itu, saya diberi antibiotik untuk meredakan jangkitan. Ia mungkin reda dalam sehari dua," katanya.



Pemeriksaan susulan dua hari kemudian mendapati beliau turut mengalami tumbuhan atau ulser dalam perut.



Doktor juga berkata beliau mungkin perlu menjalani biopsi untuk mengetahui lebih lanjut masalahnya, selain pembedahan mengeluarkan batu hempedu itu.



Beliau dibenarkan pulang semalam sementara menanti tarikh bagi kededua prosedur berkenaan.



Cik Aini, yang aktif dalam gerakan senaman Salsation, sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.



Beliau berkata, perasaan hiba amat dirasa tatkala berada di wad, apatah lagi pada malam dan pagi Hari Raya.



Beliau berasa terkilan kerana tidak dapat melakukan kebiasaan bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan adik-beradiknya pada pagi Raya.



Cik Aini dikunjungi abang serta kakak iparnya di hospital pada 1 Syawal.



Namun Cik Aini berasakan dirinya masih bernasib baik kerana masih dalam keadaan sedar dan dapat berbual dengan anggota keluarga menerusi panggilan telefon dan video.



Meski rindu akan juadah sajian Hari Raya, anak bongsu tiga beradik itu yang sebelum ini tidak pernah 'pantang' sebarang jenis makan, kini perlu menjaga diet pemakanannya apabila dibenarkan pulang.



"Sekurang-kurangnya dapat juga pulang beraya di samping keluarga meskipun pada 4 Syawal.



"Selepas ini, saya akan pastikan kurangkan makan juadah yang pedas dan berminyak," jelasnya yang gemar juadah kuah kacang dan lemang setiap kali Syawal menjelang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >