Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Hidup rukun berbilang kaum kenangan manis di Kampung Tai Seng

Masyarakat Cina dan Melayu di Kampung Lorong Tai Seng satu masa dulu hidup aman di kampung kecil yang terletak di kawasan Upper Paya Lebar Road itu. Kawasan perkampungan yang dimulakan pada 1914 itu kemudian semakin membesar dan maju 85 tahun selepas itu. Bagaimanapun, ia terjejas oleh langkah penempatan semula pemerintah sekitar 1970-an. Jiran-jiran di kampung itu terpaksa berpindah ke flat di kawasan perumahan Bedok, MacPherson dan Ang Mo Kio antara 1977 dengan 1999. Namun, pelancaran buku 'Once Upon a Tai Seng Village', semalam, berjaya mengumpulkan semula sebahagian kejiranan kampung yang terpisah itu. Dua penduduk Melayu dan penulis buku itu, wanita Cina turunan pemilik kilang getah di Kampung Tai Seng, mengongsi pengalaman peribadi mereka di kampung berkenaan bersama DARWIS SAID (darwis@sph.com.sg).
May 24, 2015 | 05:30 AM

BAIK membantu mengurus atau sama meraikan sebuah majlis perkahwinan, melindungi kebajikan 'orang kampung' atau mencari seekor ular seberat hampir 100 kilogram yang lolos dari kandangnya sekalipun, satu ciri ketara di kalangan penduduk Kampung Tai Seng ialah mereka menghidupkan semangat gotong-royongnya yang sebenar.

Semangat kekampungan tanpa mengenal warna kulit itu sering membangkitkan kenangan indah dalam benak dua anak Melayu bekas penduduk kampung kecil di Lorong Tai Seng itu - penulis setempat, Encik Djamal Tukimin, 69 tahun; dan anak kelahiran Lorong Tai Seng, Encik Arwan Salleh, 61 tahun.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >