Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hidup tak akan selamanya susah

Walau gaji ala kadar ibu jaya hantar anak ke varsiti
Feb 12, 2015 | 04:24 PM



HIDUP tidak akan sentiasa susah.


Kata-kata tersebut bukan hanya luahan bibir semata-mata bagi pasangan ibu dan anak, Cik Sawiyah Sahat, 66 tahun, dan Cik Nur Arifah Kasron, 23 tahun.


Lebih daripada itu, ia melambangkan harapan dan keyakinan mereka mahu menikmati masa depan yang lebih cerah.


Keluarga Cik Sawiyah bergantung kepada gaji sekitar $900 yang dibawa pulang beliau setiap bulan sebagai seorang pekerja pembersihan. Suaminya, Encik Kasron Rasmoon, 59 tahun, berhenti kerja sebagai pemandu bot lebih lima tahun lalu kerana menghidap kencing manis dan darah tinggi.


Cik Sawiyah dan suami mempunyai dua lagi anak berusia 21 dan 24 tahun yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).


Meskipun keluarganya berdepan dengan keadaan yang mencabar, mereka tidak patah semangat. Cik Sawiyah yakin keadaan keluarganya akan berubah jika anak-anak diperkasa dengan pendidikan.


“Kehidupan kami memang tersepit, maklumlah kami bukan orang senang,” kata Cik Sawiyah.


“Tapi saya sentiasa galakkan anak-anak belajar setinggi mungkin. Itulah impian saya, untuk mereka hidup senang nanti,” tambah beliau.


Impian Cik Sawiyah itu hampir menjadi kenyataan.


Cik Nur Arifah kini sedang menuntut di Universiti SIM (UniSim) dalam jurusan Kesusasteraan dan Bahasa Melayu.


Cik Nur Arifah menghargai pengorbanan ibunya selama ini. Lantaran itulah beliau memilih untuk belajar sambil bekerja.


Beliau bertugas sebagai guru di pusat jagaan pelajar di sebuah sekolah rendah selain mengajar tuisyen. Gaji yang dibawa pulang ialah sekitar $1,500 sebulan.


Beliau menabung sebahagian besar wang tersebut untuk digunakan bagi keperluan pengajiannya yang menelan belanja lebih $15,000 bagi enam penggal.


“Ibu sudah cukup tanggungan, sudah banyak berkorban, jadi saya tidak mahu bebankannya lagi,” kata beliau, yang tidak mendapatkan bantuan kewangan daripada mana- mana pertubuhan.


Cik Nur Arifah, yang bercita-cita menjadi seorang guru Bahasa Melayu, berkata beliau yakin keperitan yang dilaluinya itu menjadikannya insan yang lebih kuat dan tabah. Ia juga menjadikan beliau lebih bijak merancang perbelanjaan.


“Pendapatan saya tidak seberapa jadi yang penting mestilah bijak berjimat,” katanya lagi.


Untuk membantunya berjimat, Cik Sawiyah tidak pernah gagal menyiapkan hidangan untuk dibawa anaknya sebagai bekal ke tempat kerja dan kampus setiap hari.


“Masakan ibu saya yang paling lazat,” kata Cik Nur Arifah sambil tertawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >