Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hidupkan tradisi ulama jadi pelita masyarakat Nusantara

Masagos gesa masyarakat sokong madrasah, termasuk Al-Maarif, demi lahirkan agamawan kuat ilmu ukhrawi dan sekular, sumbang kepada kemanusiaan sejagat
Oct 07, 2017 | 05:30 AM



MADRASAH setempat harus mengembalikan tradisi melahirkan cendekiawan agama dalam usaha memperkukuh madrasah menjadi institusi disegani, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau menambah bahawa madrasah perlu menghasilkan cendekiawan yang menjadi pelita masyarakat Nusantara, menempa masa depan yang cemerlang dan tidak hanya mimpikan zaman semalam.



Encik Masagos berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam gala ulang tahun Madrasah Al-Maarif yang ke-80 di Hotel Fairmont semalam.



Memberi contoh, beliau memuji sumbangan pengasas Madrasah Al-Maarif, Kiyai Fadzlullah Suhaimi, yang mengasaskan madrasah itu supaya anak perempuan turut diberi peluang sama dalam pendidikan.



"Beliau menggunakan bahasa Melayu dalam khutbah supaya umat terbimbing; dan tidak hanya memahami teks secara literal, atau hanya menjalankan ritual tanpa kefahaman dan meninggalkan pusaka ilmu dalam bentuk dokumen dan buku," kata beliau.



Nama lain yang turut disanjung Encik Masagos ialah Allayarham Ustaz Syed Abdillah al-Jufri yang memberi sumbangan penting menerusi Jawatankuasa Fatwa Singapura; dan penasihat dan pakar rujuk undang-undang Islam Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei, Allahyarham Profesor Dr Hj Awang Mahmud Saedon, bekas pelajar Madrasah Aljunied.



Encik Masagos berkata mereka merupakan pelita masyarakat masa lalu yang dapat memberi petunjuk sebagai pemimpin penyayang, penuh rahmat dan bukan setakat penghukum.



Beliau seterusnya mengajukan soalan tentang siapakah pelita masyarakat di Singapura hari ini.



"Apakah kerana belum jelas pelita masyarakat tersebut hingga terlahir ulama-ulama di Internet yang muncul secara mendadak bak cendawan selepas hujan - yang cepat menghukum satu sama lain dengan ilmu 'cut and paste'?



"Atau anak-anak madrasah yang baru keluar universiti yang tidak segan silu menyalahkan guru sesepuh mereka hingga mencelarukan fikiran agama masyarakat?" ujar Encik Masagos.



Jika ditumpukan pada keperluan negara, beliau berkata madrasah harus melahirkan agamawan setempat yang memahami budaya, sistem nilai dan etika setempat, memahami bahawa Singapura negara sekular dan rakyatnya hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, dan peka dengan realiti dunia semasa serta memahami kedudukan unik masyarakat Islam di sini sebagai minoriti.



"Jika terlahir agamawan seperti mana yang saya sebutkan tadi, pasti juga beliau menjadi pakar dan ilmuwan agama yang menjadi rujukan dunia kerana tukikan ilmu dan pengalaman yang unik itu.



"Yang saya harapkan juga ialah, yang terbaik di kalangan keluaran madrasah mengejar ilmu agama mendalam dan pengalaman luas hingga menjadi agamawan tersebut," kata beliau.



Di samping itu, sebuah buku yang merakamkan sejarah perjalanan Madrasah Al-Maarif selama 80 tahun dilancarkan sempena majlis jamuan ulang tahun madrasah itu semalam.



Buku setebal 250 halaman bertajuk Ihtiraam itu antara lain menceritakan latar sejarah dan bangunan madrasah itu dari 1936 hingga 2016, mudir dan mudirah yang menerajui kepimpinan madrasah itu; dan guru serta asatizah yang telah mendidik anak murid madrasah itu selama 80 tahun.



Laporan lanjut: Melahirkan agamawan pelita masyarakat dari madrasah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >