Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Penuhi cita rasa... Hijaunya barat S'pura

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



HUJUNG minggu adalah masa yang amat berharga bagi Encik Shah Rizal Samsir sekeluarga.



Ia adalah waktu mereka dapat melakukan kegiatan kegemaran mereka bersama - meneroka kawasan-kawasan yang indah lagi menarik berhampiran rumah mereka.



Dalam masa yang sama, ia juga masa bagi beliau dapat merapatkan lagi hubungan dengan dua anaknya yang berusia lapan dan empat tahun.



"Memang waktu hujung minggu, sama ada pada Sabtu atau Ahad, adalah masa kami meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan aktiviti kegemaran kami.



"Antara aktiviti ini seperti berbasikal atau meneroka tempat-tempat yang belum kami pergi sebelum ini.



"Kami cuba elak mengunjungi kawasan yang sesak seperti tempat pusat membeli-belah dan sebagainya.



"Kami lebih gemar menikmati suasana yang nyaman sambil melihat pemandangan yang hijau," kata Encik Shah, 43 tahun.



Ini juga antara faktor bagi Encik Shah dan isteri apabila mereka mengambil keputusan berpindah ke kawasan barat dari kawasan timur Singapura, selepas mendirikan rumah tangga.



Mereka yang kini menetap di Hong Kah North sejak lima tahun berasa gembira kerana tempat tinggal mereka kini berdekatan dengan beberapa kawasan alam semula jadi.



Kawasan barat Singapura, terutama di Bandar Chua Chu Kang, menempatkan empat taman besar, iaitu Taman Semula Jadi Bukit Batok, Taman Bandar Bukit Batok, TamanBukit Gombak dan Taman Choa Chu Kang - dan Taman Warisan Asean pertama Singapura, Paya Simpanan Sungei Buloh.



Encik Shah merasakan menetap di kawasan barat Singapura merupakan satu keputusan yang tepat untuk mereka keluarga yang gemar mengunjungi taman-taman alam semula jadi di sekitar Singapura setiap minggu.



Taman Semula Jadi Bukit Batok, yang menempatkan Little Guilin, adalah salah satu taman kegemaran mereka di Singapura, dan Encik Shah menyifatkan tempat itu sebagai sebuah mercu tanda taman yang amat luar biasa.



Beliau dan keluarganya juga gemar mengunjungi Paya Simpanan Sungei Buloh sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun.



"Sejak tinggal di kawasan barat Singapura, kami dapati taman-taman berdekatan rumah kami lebih terhubung dengan tempat-tempat riadah lain.



"Kadang-kala kami akan mengambil hampir setengah hari untuk meneroka tempat-tempat ini.



"Terdapat banyak yang menarik tersembunyi di sekitar kawasan barat yang orang ramai tidak tahu," kongsi beliau yang bekerja sebagai pengurus kanan di sebuah perusahaan sosial.



Peluang meluangkan masa bersama anak-anaknya juga adalah sesuatu yang amat dihargai beliau.



Mereka sekeluarga baru-baru ini turut berkongsi tentang aktiviti kegemaran mereka kepada penduduk di Chua Chu Kang menerusi kalendar tahunan bandar itu tahun ini.



"Dulu sebelum saya dan isteri mendirikan rumah tangga, kami memang suka melakukan aktiviti luar dengan mengunjungi tempat-tempat ini.



"Kini selepas kami mempunyai anak, kami cuba untuk memperkenalkan mereka dengan tempat-tempat ini.



"Dalam masa yang sama, ia juga masa dapat mengeratkan lagi hubungan kami.



"Meneroka banyak taman-taman alam semula jadi di sekitar bandar Chua Chu Kang dan sekitar Singapura adalah cara keluarga saya mencipta kenangan yang dapat dikekal seumur hidup kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >