Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hikmah di sebalik berhenti sekolah sementara untuk bantu keluarga

Pelajar ITE Kolej Timur akhirnya dipilih jadi 'valedictorian' dan dapat markah penuh GPA 4.0
Jul 18, 2019 | 05:30 AM



KEPUTUSAN yang diambil Cik Siti Nurhajah Haron menarik diri daripada kursus kejururawatan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada 2013 memang mengejutkan ibu bapanya.



Namun, Cik Siti Nurhajah tidak berganjak daripada keputusanya.



Sebabnya? Beliau mahu membantu menampung hidup keluarganya dengan bekerja kerana adik-adiknya masih bersekolah sementara ayahnya sudah tidak bekerja.



Berkat kerja keras dengan tugas seperti pelayan restoran, penolong klinik dan menjadi instruktor kem separuh masa selama empat tahun, beliau bersyukur kerana dapat membantu hidup keluarganya.



Walaupun empat tahun berhenti sekolah, semangatnya untuk menyambung pelajarannya tidak pudar, apatah lagi dengan sokongan keluarga, terutama orang tuanya.



Pada 2017, Cik Siti Nurhajah, yang kini berusia 25 tahun, mula mendaftarkan diri dan mengambil jurusan yang sangat diminatinya, iaitu kejururawatan.



Dengan kesungguhan dan minat mendalam dalam bidang yang diminatinya, beliau berhasil meraih keputusan cemerlang dengan Gred Purata Mata (GPA) 4.0 dan terpilih sebagai valedictorian di ITE Kolej Timur itu.



"Saya sangat gembira kerana dapat menunaikan janji saya untuk sambung belajar dan untuk diri saya, saya gembira dapat diberi peluang kedua.



"Kejururawatan memang bidang yang sangat saya cintai kerana ia telah memberi kesan kepada saya apabila harus menjalani suatu pembedahan pada umur 14 tahun.



"Ramai daripada anggota keluarga saya juga menceburi bidang penjagaan kesihatan. Mungkin saya telah dipengaruhi mereka juga. Tetapi sejujurnya, saya memang terlalu berminat dengan jurusan ini.



"Kursus kejururawatan ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Saya juga berusaha sungguh-sungguh kerana minat saya yang amat mendalam dalam bidang ini.



"Lebih menggembirakan, keputusan saya sambung belajar sangat dialu-alukan ibu saya. Dengan keputusan peperiksaan saya, ibu amat bersyukur dan menggalakkan saya terus meningkatkan pencapaian saya.



"Walaupun beban kewangan masih ada, saya tidak akan menjadikannya sebagai hambatan untuk meningkatkan pelajaran saya.



"Saya akan menjadikannya satu cabaran dan galakan untuk saya teruskan pengajian, insya-Allah,'' tambahnya.



Prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam pengajiannya selama dua tahun itu bukan saja membolehkannya dipilih sebagai valedictorian, bahkan beliau terpilih menerima Pingat Emas Lee Kuan Yew.



"Saya bangga dengan pencapaian saya selama ini. Perjalanan yang diambil bukanlah perjalanan yang mudah tetapi saya kuatkan semangat dan cekalkan hati saya.



"Jika dapat berputar masa kepada tahun 2013 sekali lagi, saya tetap akan memilih untuk berhenti sekolah untuk membantu keluarga saya.



"Saya percaya pengalaman itu semua telah membuat saya lebih matang.



"Pensyarah saya sering berpesan: Jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya percaya dengan apa yang dikatakannya.



"Syukurlah... saya rasa saya telah memberi yang terbaik apabila diberi peluang kedua dalam bidang kejururawatan pada tahun 2017, dan kini, saya yakin kerja keras saya berbaloi,'' tambah Cik Siti Nurhajah yang kini menuntut di Politeknik Nanyang dalam bidang kejururawatan.



Selepas tamat pengajiannya dengan segulung diploma, Cik Siti Nurhajah berharap dapat melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang yang sama.



"Itulah cita-cita saya. Mudah-mudahan berhasil,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >