'Hilang' dalam keseronokan 'maze' di Taman Canopy Jewel Changi

Menjelang 2019, kompleks Jewel di Lapangan Terbang Changi menjanjikan pengunjung satu daya tarikan bertaraf dunia. Antara ciri yang bakal dinikmati termasuk Taman Canopy dan dua pagar sesat, atau maze. Taman Canopy merupakan taman tertutup di tingkat tertinggi Jewel seluas 14,000 meter persegi dan dilengkapi pelbagai tarikan permainan, laluan pejalan kaki dan tempat makan. Taman tersebut juga mempunyai dua pagar sesat - yang pertama, pagar sesat tradisional dengan sebuah menara jaga, dan yang kedua, pagar sesat yang menyeronokkan dengan dikelilingi cermin. Jewel, sebuah projek yang bernilai $1.75 bilion, akan disambung terus ke Terminal 1 dan disambungkan dengan Terminal 2 dan 3 melalui jambatan pejalan kaki berhawa dingin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan