Hingga 1,200 peluang kerja, latihan bagi golongan kurang upaya: Masagos, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Hingga 1,200 peluang kerja, latihan bagi golongan kurang upaya: Masagos

Jan 30, 2021 | 05:30 AM

PEMERINTAH akan mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan dan latihan bagi golongan kurang upaya tahun ini.

Ini sebahagian usaha Majlis Pekerjaan Kebangsaan (NJC) yang ditubuhkan Mei lalu untuk mewujudkan pekerjaan dan membina kemahiran bagi warga Singapura semasa Covid-19 serta menerusi skim-skim SGEnable.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang juga mengumumkan usaha pemerintah untuk menyediakan 150 peluang pekerjaan dan latihan bagi orang kurang upaya menerusi tiga program baru.

Beliau berkata demikian semalam, semasa melawat hotel Parkroyal Collection Marina Bay yang kini dikendalikan Pan Pacific Hotel Group.

Buat masa ini, entiti itu menggajikan 27 individu kurang upaya di pejabat korporat dan juga di pelbagai khidmat hotel termasuk dalam bidang makanan dan minuman (F&B), kerja-kerja pentadbiran serta pengemasan. Sembilan lai pekerja dijangka menyertainya di masa depan.

Discover Malay Home Based Businesses

Tiga program baru yang diperkenalkan itu - Place-and-Train, Attach-and-Train dan Skills Redevelopment - bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan serta menambah kepada inisiatif yang diperkenalkan sebelum ini termasuk di bawah Program Pintu Terbuka yang dikendalikan SG Enable.

Place-and-Train membuka peluang bagi individu ditempatkan dalam syarikat di mana mereka akan dilatih untuk memenuhi peranan pekerjaan sepenuh masa. Majikan yang menyertai program ini akan menerima sokongan gaji 90 peratus dari pemerintah selama setahun.

Majikan juga boleh memanfaatkan geran Pengubahsuaian Pekerjaan di bawah Program Pintu Terbuka yang bertujuan membantu majikan mengurangkan kos menyesuaikan sekitaran bekerja bagi golongan kurang upaya termasuk membeli perkakas baru atau mengubahsuai tempat kerja.

Sementara itu, program Attach-and-Train pula memperuntuk latihan berstruktur semasa bekerja bagi individu kurang upaya.

Peserta program ini akan menerima elaun yang dihadkan pada 80 peratus gaji bagi pekerja sepenuh masa dalam peranan yang sama.

Pemerintah akan menanggung 70 peratus kos elaun tersebut manakala lagi 10 peratus merupakan sumbangan majikan.

Majikan juga boleh memohon bagi Geran Pengubahsuaian Pekerjaan.

Selain itu, program Skills Redevelopment pula menawarkan latihan yang dibentuk khas untuk golongan kurang upaya mempertingkat kemahiran.

Mereka juga akan diberi elaun bulanan sehingga $640 sepanjang tempoh latihan.

Golongan kurang upaya yang turut serta dalam program-program ini, yang biasanya berlangsung antara enam hingga 12 bulan, akan menerima subsidi pemerintah sebanyak 90 peratus selama setahun.

Menurut Encik Masagos, program-program tersebut diperkenalkan tepat pada masanya:

"Bagi mereka yang kurang bernasib baik, sama ada dari golongan kurang upaya dan sebagainya, mereka memang terjejas akibat keadaan (Covid-19) ini.

"Walaupun sokongan latihan serta gaji ditawarkan kepada semua, kami percaya (golongan kurang upaya) harus diberi sokongan tambahan," kata Encik Masagos.

Beliau turut menggesa majikan untuk mewujudkan persekitaran inklusif bagi memberi peluang kepada golongan kurang upaya sama-sama menyumbang secara bermakna kepada tenaga kerja Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map