Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 149 mangsa hilang $70.8j gara-gara ditipu e-mel kerja palsu

May 21, 2022 | 08:30 PM



SEJAK permulaan tahun ini, sekurang-kurangnya 149 orang telah menjadi mangsa penipuan yang melibatkan e-mel kerja palsu, dan membabitkan kerugian sekurang-kurangnya $70.8 juta.





Dalam satu kenyataan Sabtu (21 Mei), polis menyatakan golongan penipu itu menggunakan akaun e-mel atau alamat e-mel yang telah digodam, akan menyamar sebagai rakan sekerja, rakan kongsi perniagaan atau pihak pembekal mangsa.

Selalunya, alamat e-mel palsu itu termasuk salah ejaan kurang ketara, atau huruf gantian yang mungkin tidak jelas pada pandangan pertama.





Mangsa akan menerima e-mel yang memberitahu mereka bahawa terdapat perubahan pada nombor akaun bank, dan permintaan supaya mereka membuat pembayaran ke akaun bank lain.

Setelah ditipu untuk mempercayai bahawa e-mel tersebut adalah tulen, mangsa akan memindahkan dana ke akaun baru itu.





Dalam sebilangan kes, mangsa diarahkan membeli kad hadiah dan memberi kunci pengaktifan buat penyelia mereka.

Mangsa akan hanya menyedari mereka telah menjadi mangsa penipuan apabila mereka memeriksa dengan pembekal atau penyelia mereka, yang menjelaskan tiada permintaan dibuat atau sebarang bayaran diterima.





Untuk maklumat lanjut mengenai kes penipuan, orang ramai boleh melayari https://www.scamalert.sg atau menghubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes penipuan boleh menghubungi 1800-255-0000 atau memberi maklumat di https: //www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >