Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 1,800 jemaah solat Jumaat di Masjid Mawaddah

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 1,800 jemaah menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al-Mawaddah semalam - jumlah lebih besar menyusuli langkah terbaru masjid untuk merintis peluang menambah ruang agar dapat menampung 100 jemaah bagi setiap zon yang disediakan.



Langkah yang diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Isnin lalu itu dapat dilaksana ekoran kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang berkurangan.



Selain Masjid Al-Mawaddah, 19 masjid lain juga mengambil langkah serupa - antaranya Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Ansar di Kelompok Timur; Masjid Al-Muttaqin dan Masjid Assyafaah di Kelompok Utara; Masjid Mujahidin dan Masjid Sultan di Kelompok Selatan; serta Masjid Assyakirin dan Masjid Darussalam di Kelompok Barat.



Sembahyang Jumaat semalam juga dilaksanakan dengan setiap jemaah memastikan langkah jarak selamat dipatuhi.



Jarak antara jemaah juga telah diubah suai untuk memuatkan lebih ramai jemaah dalam setiap zon, namun ia masih menepati amalan jarak selamat.



Di samping amalan jarak selamat ini, Muis dalam kenyataannya Isnin lalu menegaskan, solat berjemaah dan sembahyang fardu akan terus dilaksanakan dalam tempoh masa yang disingkatkan, prosedur pembersihan yang dipertingkat, tempat masuk dan keluar berasingan serta penggunaan aplikasi TraceTogether bagi pengesanan kontak.



Laporan lanjut: Jemaah gembira lebih ramai dibenar masuk zon solat Jumaat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >