Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 200 stesen lokar bijak dikerahkan jelang April

Mar 02, 2021 | 08:19 PM




KUMPULAN pertama hingga 200 stesen lokar bijak akan dilancarkan menjelang April 2021 menyusuli percubaan satu tahun yang berjaya yang dimulan pada Disember 2018.




Rangkaian seluruh negara terdiri daripada 1,000 stesen lokar dijangka dapat dilancarkan dan dikerahkan dalam jarak lima minit berjalan kaki dari semua estet Lembaga Perumahan menjelang hujung 2021.



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, mengumumkan tarikh pelancaran di Parlimen semasa perbahasan mengenai belanjawan  Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada Selasa (2 Mac).



Beliau menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen mengenai rancangan mengubah sektor pos dan logistik.



"Jaringan lokar bungkusan dijangka dapat mengurangkan perjalanan untuk pengiriman sebanyak 44 peratus setiap hari, dan ini akan membantu mengurangkan pelepasan karbon setahun," kata Cik Sim.



Fasa pertama pelancaran itu akan melihat 200 lokar dikerahkan di estet Lembaga Perumahan, stesen MRT, dan pusat masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >