Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 21,000 pekerja migran boleh lawat tempat awam seminggu mulai 3 Dis

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



MULAI 3 Disember, hingga 3,000 pekerja migran yang tinggal di dormitori dan sudah divaksinasi sepenuhnya akan dibenarkan mengunjungi tempat awam setiap hari.



Ini bermakna 21,000 pekerja migran itu boleh melakukan demikian seminggu, berbanding had 3,000 pekerja seminggu sekarang.



Mereka juga tidak akan dihadkan agar berkunjung ke Little India atau Geylang Serai sahaja, sebaliknya boleh pergi ke mana sahaja.



Selain itu, mereka juga akan dibenarkan melawat pusat riadah setiap hari, berbanding tiga kali seminggu sahaja sekarang. Mereka boleh ke sana hingga lapan jam pada setiap lawatan, berbanding empat jam sekarang.



Pekerja migran belum divaksinasi perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) sebelum melawat pusat riadah atau menggunakan hasil ujian negatif daripada ujian rutin berjadual (RRT) yang mereka jalani.



Mereka yang sudah divaksinasi tidak perlu menjalani ujian sebelum melawat pusat riadah. Lapan pusat riadah disediakan bagi pekerja migran di seluruh negara dan mereka diperuntukkan pusat riadah tetap.



Kali terakhir sekatan pergerakan bagi pekerja migran yang tinggal di dormitori dilonggarkan ialah pada 30 Oktober, apabila pihak berkuasa menambah bilangan pekerja sudah divaksinasi yang dibenarkan melawat tempat masyarakat daripada 500 kepada 3,000 orang seminggu.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, sebelum ini berkata skim perintis mulai September itu disambut baik oleh pekerja migran, dengan tiada jangkitan dikesan dalam kalangan mereka setakat ini.



Lebih 98 peratus pekerja migran tinggal di dormitori sudah divaksinasi sepenuhnya dan 81 peratus daripada mereka layak mendapatkan suntikan penggalak sudah mendapatkannya.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata dalam satu kenyataan jangkitan Covid-19 di dormitori telah stabil sejak beberapa minggu lalu, dengan 143 pekerja migran didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) minggu lalu.



Mereka perlu menjalani ujian setiap minggu tanpa mengira status vaksinasi, kecuali bagi yang telah pulih.



Dr Tan berkata langkah melonggarkan lagi sekatan bagi pekerja migran akan membolehkan mereka bertemu rakan dan keluarga yang tinggal di dormitori lain.



Perlindungan seperti ART tambahan sebelum mereka keluar akan dikekalkan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.



Dr Tan menggesa pengendali dormitori dan majikan menyokong pekerja migran agar mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya lawatan masyarakat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >