Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 3,000 pekerja migran dibenarkan kunjungi tempat awam setiap hari mulai 3 Dis

Nov 15, 2021 | 10:57 PM



MULAI 3 Disember, hingga 3,000 pekerja migran yang sudah lengkap divaksin dan menetap di dormitori akan dibenarkan mengunjungi tempat awam setiap hari.



Angkanya adalah sekitar 21,000 pekerja setiap minggu, satu peningkatan daripada had 3,000 pekerja setiap minggu.



Pekerja ini juga tidak hanya dibataskan untuk ke Little India dan Geylang Serai dan akan dibenarkan untuk pergi ke mana-mana sahaja yang mereka ingini.



Sementara itu, pekerja migran akan dibenarkan untuk buat kunjungan harian ke pusat riadah di sini, satu peningkatan daripada tiga kali seminggu yang ditetapkan kini. Kunjungan ini akan dilanjutkan ke lapan jam daripada empat jam kini.



Pekerja yang divaksin perlu mengambil ujian pantas antigen sebelum mengunjungi pusat riadah atau menggunakan hasil ujian negatif daripada ujian rutin yang dijadualkan. Mereka yang divaksin tidak perlu mengambil sebarang ujian awal sebelum itu.



Terdapat lapan pusat riadah serata Singapura dengan pekerja buat masa ini ditugaskan pada pusat khusus.



Mulai pertengahan Disember, pekerja akan dibenarkan mengunjungi salah satu daripada lapan pusat ini, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian pada Isnin (15 November).



Sekatan pergerakan pekerja migran yang menetap di dormitori kali terakhir dilonggarkan pada 30 Oktober apabila pihak berkuasa menambah jumlah pekerja lengkap divaksin yang dibenarkan mengunjungi masyarakat daripada 500 orang kepada 3,000 orang setiap minggu.



Dr Tan berkata skim  perintis ini yang membolehkan kunjungan masyarakat dan bermula pada September diterima dengan baik oleh pekerja migran.



Tiada jangkitan pula dikesan dalam kalangan peserta skim perintis ini sejauh ini.



Lebih 98 peratus pekerja migran yang menetap di dormitori sudah lengkap divaksin dengan 81 peratus dalam kalangan mereka yang layak mengambil suntikan penggalak sudah mendapatkan suntikan berkenaan, tambah Dr Tan,



Mulai sekarang hingga Januari, sekitar 61 peratus pekerja migran lengkap divaksin akan layak menerima suntikan penggalak mereka.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya, berkata: "Jangkitan Covid-19 di dormitori sudah mantap dalam masa beberapa minggu lalu dengan purata jumlah jangkitan harian adalah sekitar 143 pekerja migran yang perlu menjalani ujian reaksi rantaian polymerase pada minggu lalu."



MOH juga menambah pekerja migran kecuali mereka yang sudah pulih daripada virus ini juga telah menjalani ujian mingguan tanpa mengira status vaksinasi.



Dr Tan menambah dengan terus melonggarkan sekatan bagi pekerja migran akan membolehkan mereka bertemu kawan dan keluarga yang menetap di dormitori lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >