DAVAO (Filipina): Seramai 37 orang dipercayai terkorban dalam satu kebakaran yang tercetus di sebuah pusat beli-belah di bandar Davao, di wilayah selatan Filipina, kata pihak berkuasa semalam.
Komander Biro Perlindungan Api di tapak kejadian berkata peluang 37 orang itu terselamat adalah "sifar", demikian menurut naib mayor Encik Paolo Duterte yang juga anak presiden negara itu, dalam pos Facebooknya.