Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 52 orang disiasat atas pelbagai kesalahan

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 52 orang berusia antara 15 hingga 95 tahun sedang disiasat di atas pelbagai kesalahan menyusuli satu operasi penguatkuasaan berbilang agensi selama seminggu yang diterajui Divisyen Polis Bedok.



Siasatan itu disokong pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, Kastam Singapura dan Agensi Makanan Singapura (SFA).



Menurut satu kenyataan polis semalam, siasatan itu diadakan dari 28 Februari hingga 4 Mac lalu.



Sebagai sebahagian operasi itu, polis menyiasat tujuh lelaki berusia 15 hingga 55 tahun bagi beberapa kesalahan di bawah Akta Produk Kesihatan, Akta Imigresen dan Akta Persatuan.



Polis juga telah merampas ubat batuk, produk peningkatan seksual dan ubat terlarang lain bernilai lebih $52,000 dalam operasi tersebut.



Sebagai sebahagian tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan perjudian haram pula, seramai 16 lelaki dan 20 wanita berusia antara 40 dengan 95 tahun sedang disiasat.



Wang tunai bernilai lebih $25,000 dan peralatan judi turut dirampas. Di samping itu, individu yang terlibat juga disiasat atas kesalahan melanggar peraturan jarak selamat Covid-19.



Selain itu, di bawah operasi terhadap premis urut tanpa lesen, empat premis urut didakwa beroperasi tanpa lesen yang sah. Seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 38 dan 47 tahun ditangkap atas kesalahan Akta Pekerja Asing. Seorang wanita juga ditangkap atas kesalahan melanggar Piagam Wanita.



Di samping itu, lima lelaki berusia 50 hingga 66 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan menjaja secara haram, dan telah disaman di bawah Akta Kesihatan Persekitaran Awam. Mereka disaman kerana menjual barangan terpakai di tempat awam tanpa lesen dari SFA.



Kesemua siasatan atas 52 orang dan empat premis urut itu sedang dijalankan



"Polis memandang serius terhadap pesalah yang mengabaikan undang-undang. Kami akan terus menyiasat dan membanteras kegiatan haram di Geylang bersama sokongan agensi lain, untuk menjaga keselamatan masyarakat," kata Pegawai Pemerintah Pusat Kejiranan Polis Geylang, Timbalan Superintenden Lee Ting Wei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >