Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS - BULAN BAHASA

Hip, cool tapi berbahasa Melayu pun Hyrul boleh

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



BELIAU lebih dikenali sebagai penyanyi pop dalam kalangan peminat muzik tempatan.



Namun, di sebalik keterampilannya yang hip dan cool, Encik Hyrul Anuar juga meminati muzik tradisional dan kontemporari Melayu.



Malah, penyanyi berusia 35 tahun itu sering terlibat dalam muzikal tradisional Melayu sepanjang pelibatannya dalam dunia seni.



"Saya cuba mendapatkan keseimbangan, iaitu menjadi seorang yang boleh menyanyikan lagu pop dan menonjolkan lagu tradisi Melayu," kata beliau, yang dilantik sebagai salah seorang daripada tiga Duta Bahasa baru kempen Bulan Bahasa tahun ini.



Di samping menghasilkan lagu yang menguasai carta radio, Encik Hyrul aktif dalam bidang lain, seperti pengacaraan, lakonan dan penulisan skrip bagi rancangan Melayu di saluran Suria Mediacorp.



Antara karyanya ialah Elit Suria,Bahas 4PM Finals,Suria Elektra,Sabotaj dan Pesta Perdana.



Dalam pada itu, personaliti serba berbakat ini juga telah melakar kerjaya sebagai seorang pendidik.



Pada 2019, Hyrul menubuhkan HYR Ground, syarikatnya sendiri yang menggabungkan hiburan dan pendidikan secara inovatif bagi sekolah dan institusi.



"Sebelum ini, saya bekerja bersama sebuah syarikat selama 10 tahun, membantu mengendalikan kelas dan program pengayaan bahasa Melayu.



"Namun sekarang apabila apabila diberi kesempatan menghasilkan dan mencipta program saya sendiri, saya rasa amat seronok.



"Saya dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana pelajar boleh belajar teknik berbeza, pendekatan berbeza, yang boleh menarik perhatian mereka dan tidak rasa janggal bertutur dalam bahasa Melayu," ujarnya.



Dalam menyuntik kesegaran dan keseronokan dalam kelas serta program yang beliau kendalikan, Hyrul menerapkan hiburan dan pendidikan dengan menggunakan elemen seperti nyanyian, lakonan dan pengacaraan.



"Ini adalah cara-cara untuk menarik minat khususnya pelajar Melayu agar mereka dapat turut serta, dan daripada situ, saya cuba terapkan pembelajaran bahasa Melayu juga," tambahnya.



Jelas, sejak menjuarai pertandingan nyanyian Anugerah pada 2005, Encik Hyrul pantas mengorak langkah mengembangkan kemahirannya selain memanfaatkan setiap peluang yang tersedia untuk memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu.



Beliau percaya pada keberkesanan menggabungkan hiburan dan pendidikan untuk memupuk penghargaan bahasa Melayu.



Encik Hyrul berharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat Melayu, terutama generasi muda, supaya lebih yakin bertutur dalam bahasa ibunda mereka .



"Saya ingin menerapkan atau menonjolkan kepribadian seorang moden, hip dan sebagainya tetapi pada masa sama berupaya beralih ke bahasa Melayu dengan spontan dan yakin.



"Jadi itulah mungkin satu identiti yang saya ingin tunjukkan kepada mereka di luar sana, terutama murid-murid dan juga rakan-rakan seperjuangan saya dalam industri ini, sebab mereka mungkin sudah terbiasa bertutur dalam bahasa Inggeris apabila bercakap dengan saya.



"Kadang-kadang saya sengaja menjawab dalam bahasa Melayu untuk meningkatkan kesedaran mereka agar menggunakan bahasa ibunda kita," ujarnya.




"Saya ingin menerapkan atau menonjolkan kepribadian seorang moden, hip dan sebagainya tetapi pada masa sama berupaya beralih ke bahasa Melayu dengan spontan dan yakin."
- Penyanyi Hyrul Anuar, Duta Bahasa baru Bulan Bahasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >