Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hishammuddin mula lawatan ke S'pura

May 02, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Ehwal Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan mengunjungi Singapura bagi satu lawatan rasmi dua hari bermula semalam, yang antara lain dijangka membincangkan kerjasama pasca-Covid-19 antara kedua-dua negara.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata Datuk Seri Hishammuddin akan menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Teo Chee Hean, serta Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Datuk Seri Hishammuddin ke Singapura dalam jawatannya sebagai Menteri Ehwal Luar, kata Kementerian Ehwal Luar Malaysia pula.

Dalam kenyataan tersebut, MFA Malaysia berkata kededua Menteri Ehwal Luar itu akan membincangkan isu-isu kepentingan bersama, termasuk inisiatif untuk mengembangkan kerjasama yang saling menguntungkan, dengan fokus pada kerjasama pascapandemik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3