Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ho Ching antara dua warga Singapura dalam senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia

Jun 08, 2016 | 02:15 PM



MAJALAH Forbes telah mengeluarkan senarai tahunan 100 wanita paling berkuasa bagi 2016, yang ternama dua tokoh Singapura dalam kalangan pemimpin industri terkenal dan hari muka dalam bidang perniagaan, keusahawanan, pelaburan, sains, dermawan dan lain-lain.



Ketua Eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching, 63 tahun, termasuk dalam senarai itu setiap tahun sejak ia dilancar pada 2004.



Tahun ini, beliau menduduki tempat ke-30, melompat 15 tempat daripada kedudukan tahun lalu, walaupun beliau telah mengambil sabatikal daripada syarikat pelaburan itu.



Cik Ho Ching membantu membimbing Temasek menguruskan portfolio bernilai AS$266 bilion ($359.75 bilion) tahun lalu, ujar Forbes, sambil menambah syarikat itu baru-baru ini memberi isyarat tentang hasratnya mencari peluang di Eropah.



Seorang lagi warga Singapura, rakan pengurusan GGV Capital, Cik Jenny Lee, menduduki tempat ke-100 dalam senarai itu, jatuh dua tempat dari 2015.



Cik Lee, 44 tahun, menghabiskan 15 tahun lalu dalam bidang teknologi China, dan mempunyai pilihan pelaburan berjaya, termasuk dalam platform sosial YY yang disenaraikan pada 2012, dan pusingan Siri A sebanyak AS$10 juta ($13.5 juta) dalam Ehang, syarikat pengeluar kenderaan udara tanpa pemandu, yang menghasilkan AS$42 juta tahun lalu, kata Forbes



Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, mendahului senarai itu sekali lagi tahun ini. Di tempat kedua ialah calon presiden Amerika andaian parti Demokrat, Cik Hillary Clinton.



Pengerusi Rizab Federal Amerika, Cik Janet Yellen; dermawan Melinda Gates, dan CEO General Motors, Cik Mary Barra, masing-masing di tangga ketiga hingga kelima.



Antara tokoh lain dalam senarai itu ialah ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Christine Lagarde (keenam); ketua pegawai operasi Facebook, Sheryl Sandberg (7); Usahawan/Pelakon Oprah Winfrey (21); pengarah urusan Bank Dunia, Sri Mulyani Indrawati (37); ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Chan (38); dan wanita pertama China, Cik Peng Liyuan (58).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >