Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ho Ching bersara dari Temasek Holdings, jadi pengerusi Temasek Trust Apr depan

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



KETUA eksekutif Temasek Holdings yang akan bersara, Cik Ho Ching, akan mengambil alih jawatan pengerusi Temasek Trust mulai 1 April 2022.



Cik Ho, 68 tahun, akan dilantik ke lembaga pengarah Temasek Trust hari ini, hari sama beliau bersara daripada syarikat pelaburan Singapura itu.



Mulai 1 April depan, beliau akan menggantikan Encik S. Dhanabalan, yang akan kekal di lembaga itu dan dilantik sebagai ketua emeritus.



Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Temasek juga mengumumkan dua pelantikan baru ke lembaga pengarahnya.



Pelantikan pengerusi eksekutif Mastercard, Encik Ajay Banga, berkuat kuasa semalam, sementara rakan kongsi pengurusan GGV Capital, Cik Jenny Lee, akan menyertai lembaga itu pada 1 Januari depan.



Temasek berkata pelantikan itu meneruskan proses peralihan, berikutan persaraan pengarah Encik Goh Yew Lin baru-baru ini serta persaraan Cik Ho dan Encik Robert Ng semalam.



Cik Ho digantikan oleh Encik Dilhan Pillay, yang akan memegang dua jawatan sebagai CEO Temasek dan cabang komersialnya, Temasek International.



Encik Dhanabalan, pengerusi Temasek Trust sejak September 2015, berkata: "Cik Ho mempunyai komitmen mendalam dan ghairah terhadap banyak matlamat kemasyarakatan, dan memainkan peranan penting dalam kepimpinan Temasek sejak dua dekad lalu.



"Lembaga memutuskan meminta beliau menyertai kami dan meneruskan komitmen itu dengan menerajui Temasek Trust tahun depan."



Cik Ho berkata beliau berbesar hati diundang menyertai lembaga Temasek Trust, dan melihat peluang yang besar untuknya mengubah peranan memandangkan skala yang dicapainya hari ini.



"Saya amat kagum akan kemajuan menakjubkan yang telah dibuat Temasek Trust sejak ia diasaskan lebih 10 tahun lalu.



"Temasek Trust telah membolehkan sokongan kukuh dan mapan bagi Yayasan Temasek dan inisiatif lain bagi menyediakan program sangat penting untuk masyarakat di Singapura dan sekitar Asia," ujarnya.



Beliau melahirkan penghargaan terhadap kerja yang dilakukan Encik Dhanabalan sebagai pengerusi, sambil menarik perhatian betapa beliau membantu menekankan kepentingan peranan selia tadbir oleh Temasek Trust.



Dengan berbuat demikian, Encik Dhanabalan memantapkan Temasek Trust sebagai rakan kerjasama dan wadah dipercayai bagi mengukuhkan minat terhadap filantrofi yang memberi kesan secara berkekalan, ujar Cik Ho.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >