Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-G

Hobi pada tanaman, pelihara ikan kini jadi niaga

Pandemik jadi pembakar semangat untuk mulakan perniagaan 'Green Fingers Aquarist' yang jual ikan, tanam-tanaman di Chinatown sejak Oktober tahun lalu
Nov 03, 2021 | 05:30 AM



MINAT Encik Mohamed Fahmi Abdul Razak dalam hobi memelihara ikan dipupuk sejak beliau kecil lagi, apabila beliau dan keluarganya sering melawat ladang ternakan ikan.



Malah, keluarganya juga memelihara lebih 20 ikan koi di rumah mereka pada ketika itu, sebuah flat empat bilik di Marsiling.



Pada masa yang sama, Encik Fahmi, yang sering tidur di rumah neneknya, juga mula berjinak-jinak dengan tanam-tanaman kerana neneknya 'berjari hijau' dan banyak menanam pokok di luar rumah.



Selain diberi 'tugas' menyiram pokok-pokok itu, Encik Fahmi juga mempelajari daripada neneknya tentang selok-belok menjaga tanaman.



Tidak hairan, Encik Fahmi, kini berusia 32 tahun, mengambil keputusan untuk membuka perniagaan Green Fingers Aquarist yang menjual ikan dan tanaman di Chinatown sejak Oktober tahun lalu, walaupun di tengah-tengah pandemik.



"Perniagaan ini adalah keputusan yang membuat saya berasa bangga kerana kini minat dan hobi saya menjadi pekerjaan tetap saya.



"Namun, terus terang, saya rasa seperti tidak bekerja kerana memang seronok dengan apa yang saya lakukan," ujar Encik Fahmi, yang masih bujang.



Sebelum memulakan perniagaan ini, Encik Fahmi meluahkan bahawa beliau terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk mencari kerjaya yang benar-benar diminatinya.



Beliau telah mencuba pelbagai pekerjaan, termasuk dalam sektor perhotelan sebagai penyambut tetamu di mana beliau menerima anugerah sebagai penyambut tetamu terbaik.



"Ketika dalam lingkungan usia 20-an tahun, saya sering bertanya-tanya apakah yang saya ingin lakukan dalam kehidupan saya... memang sukar menjawab soalan ini waktu itu.



"Ramai kawan-kawan saya lain sudah mencapai pekerjaan impian mereka... menjadi doktor, peguam dan sebagainya... berbanding diri saya ini.



"Namun, sehingga usia saya cecah 20-an tahun, saya masih belum pasti apa yang ingin dilakukan dengan hidup ini," rintih beliau.



Menurut Encik Fahmi, beliau bukan seorang pelajar yang cemerlang.



"Dari segi pendidikan, saya terpaksa melalui laluan yang jauh. Hanya pada usia 30 tahun, barulah saya tamat pengajian dan meraih ijazah sarjana muda dalam bidang Sumber Manusia dan Psikologi dari Universiti Edinburgh," jelas beliau yang telah bekerja dan belajar sambilan setelah menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Masa lapang yang ada semasa beliau menyambung semula pengajian di universiti diluangkan untuk menceburi hobi 'aquascaping' iaitu menghiasi akuarium ikan dengan tanaman laut yang telah dibentuk dan direka cantik.



Dari situ, tercetus di benaknya untuk membuka perniagaan yang 'mengahwinkan' kededua minatnya terhadap haiwan laut dan tanaman.



"Minat terhadap tumbuh-tumbuhan dan akuarium semakin memuncak apabila kami dilanda pandemik Covid-19.



"Terkunci dan terikat di rumah, saya mula membina rak yang diisi dengan tangki dengan tumbuhan akuatik mengelilingi katil di bilik saya dan diam tak diam saya sudah pun mempunyai 14 tangki," katanya sambil ketawa kecil.



"Satu hari tu, saya duduk dan keluarkan sehelai kertas. Kononnya ingin merancang apa yang perlu saya lakukan. Saya menulis Green Fingers, gelaran yang diberi keluarga kepada saya kerana mahir dalam tanaman," ujar Encik Fahmi.



"Perkataan aquarist pula saya tambah kerana saya suka memelihara ikan.



"Melihat perkataan-perkataan itu mencetuskan sebuah idea untuk mengejar minat dan semangat saya ini dan mula menjualnya ke kedai akuarium lain," ujar Encik Fahmi, yang dalam tempoh lima bulan telah membekal tanaman kepada tujuh kedai akuarium di sini.



Didorong sambutan menggalakkan itu, Encik Fahmi mengikuti program menjadi pelatih aquascaping di QianHu, antara penjual ikan akuarium terbesar di Singapura, untuk mempertingkat kemahirannya.



Menyusuli itu, beliau menjalankan perniagaan hasil tangannya itu di dalam talian menerusi wadah Carousell dan sebelum akhirnya memutuskan untuk membuka kedai sendiri di Chinatown.



Dalam tempoh singkat sejak memulakan perniagaannya itu, beliau telah berjaya menarik lebih 2,000 pelanggan menyertai keanggotaan kedainya.



Anggota dan pelanggan tetap boleh mengumpulkan 'mata' yang boleh ditukar menjadi diskaun apabila membuat pembelian di masa depan.



Menurut Encik Fahmi, sambutan yang menggalakkan itu mendorongnya untuk terus berusaha gigih dalam mengukuhkan perniagaannya.



"Saya amat gembira dengan sokongan yang diberi terutama dari anggota keluarga, rangkaian kenalan dan juga pelanggan.



"Saya berharap perniagaan ini akan dapat berkembang dengan lebih maju, dan impian saya adalah untuk memiliki sebuah rumah kedai tiga tingkat di mana saya boleh menjual, memaparkan galeri karya aquascaping dan juga ruang untuk menjalankan bengkel-bengkel," ujarnya lagi, penuh bersemangat.




"Saya amat gembira dengan sokongan yang diberi terutama dari anggota keluarga, rangkaian kenalan dan juga pelanggan. Saya berharap perniagaan ini akan dapat berkembang dengan lebih maju, dan impian saya adalah untuk memiliki sebuah rumah kedai tiga tingkat di mana saya boleh menjual, memaparkan galeri karya 'aquascaping' dan juga ruang untuk menjalankan bengkel-bengkel."
- Encik Mohamed Fahmi Abdul Razak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >