Home Team bakal tubuh 'universiti korporat'
Perkasa pegawai hadapi cabaran masa depan
May 17, 2016 | 05:30 AM
AKADEMI Home Team (HTA) bakal menerajui latihan dan pembangunan pasukannya dengan berperanan bagaikan sebuah Universiti Korporat (CU).
Ini akan membantu pegawainya mendapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan serta turut memperkenal isu dasar awam yang strategik seperti keselamatan siber, penggansan dan berbilang budaya di Singapura.