Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Home Team perlu pemimpin berani buat keputusan demi kebaikan walau tidak popular: Shanmugam

May 20, 2021 | 05:30 AM



MEMELIHARA tahap keyakinan dan kepercayaan awam yang tinggi terhadap Home Team (HT) amat genting sedang Singapura berdepan cabaran jenayah dan keselamatan kian rumit, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam,



Justeru, kepimpinan kuat diperlukan bagi membuat keputusan demi kebaikan awam yang lebih luas, meskipun ia tidak popular. Ini perlu sedang HT menjalani transformasi bagi menerapkan penggunaan teknologi secara lebih meluas dalam operasinya menjelang 2025, kata beliau.



Menurutnya, cabaran yang dihadapi sedang berubah pesat dan pemimpin HT perlu berupaya menjangka cabaran baru dan huraian yang diperlukan, melengkapkan pegawai lebih muda untuk menghadapi cabaran itu, dan mengekalkan nilai murni pertubuhan sedang ia berubah bagi menghadapi cabaran tersebut.



"Pemimpin HT perlu sedar cara kita bekerja tidak lagi seperti dulu jika kita ingin berjaya dalam mengatasi ancaman baru," kata Encik Shanmugam.



"Kita perlu memandang ke hadapan, membangunkan huraian bagi masalah baru, dan terus membangunkan unit dan pertubuhan kita," ujarnya di majlis kenaikan pangkat HT yang diadakan dalam talian semalam.



Menurutnya, tinjauan tanggapan awam tentang HT saban tahun menunjukkan tahap keyakinan tinggi terhadap keupayaannya. Pada 2020, 92 peratus berpendapat HT menunjukkan kelakonan baik dan memastikan Singapura kekal selamat, dan 91 peratus yakin pegawainya melaksana tugas dengan jujur, adil dan berintegriti.



Namun, Encik Shanmugam berkata ada percubaan berterusan untuk menyerang dan melemahkan kuasa jabatan HT, dan kepimpinan kuat HT diperlukan bagi menangani perkara itu.



"Jika kesilapan dilakukan, kita harus mengakuinya dan membetulkan kesilapan itu. Pemimpin HT harus memastikan angkatan kita berdisiplin. Namun jika tuduhan tidak benar, kita tidak boleh membiarkan jabatan HT kita ditakut-takutkan atau kuasanya dikurangkan, dan kita harus menyangkal tuduhan itu," ujarnya.



Beliau memuji prestasi HT dalam memastikan keselamatan Singapura dan memupuk keyakinan orang ramai biarpun dalam tempoh pandemik.



Sejumlah 6,280 pegawai HT dinaikkan pangkat tahun ini, termasuk 2,096 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara daripada pasukan polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura.




''Jika kesilapan dilakukan, kita harus mengakuinya dan membetulkan kesilapan itu. Pemimpin HT harus memastikan angkatan kita berdisiplin. Namun jika dakwaan tidak benar, kita tidak boleh membiarkan jabatan-jabatan HT kita ditakut-takutkan atau kuasanya dikurangkan, dan kita harus menyangkal dakwaan itu.''
- Encik K. Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >