Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: SEMPADAN DARAT SG-M'SIA DIBUKA SEMULA

Hon, sorak gembira bila Koswe dibuka semula

Motosikal pertama lintas sempadan sekitar 11.50 malam, diikuti kereta... dan basikal
Apr 02, 2022 | 05:30 AM



APA YANG BERLAKU DI KOSWE MALAM SEMALAM



HON kereta dan motosikal mengaung berterusan selama lima minit sebaik sahaja sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula pada semalam di pusat pemeriksaan Woodlands.



Ramai penunggang motosikal lesen Malaysia melambai-lambai kepada pihak media yangf membuat liputan dan bersorak dengan gembira setibanya di laluan pusat pemeriksaan itu.



Bermula semalam, individu yang divaksin sepenuhnya boleh keluar masuk Singapura dan Malaysia tanpa perlu mengambil sebarang ujian Covid-19 atau dikuarantin, dan mereka juga tidak perlu menaiki sebarang bas Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL).



Motosikal pertama berjaya melintasi sempadan pada sekitar 11.50 malam dan enam lagi motosikal menyusuli seminit kemudian.



Terdapat juga beberapa penunggang basikal yang telah beratur untuk masuk ke Malaysia.



Tidak lama kemudian, deretan kenderaan juga mula bersesak-sesak di kawasan itu.



Walaupun sesak, pemandangan itu amat dialu-alukan orang ramai setelah kededua sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia ditutup lebih dua tahun - sejak 17 Mac 2020 - dek pandemik Covid-19.



Penolong Kanan Pesuruh Jaya Komander Darat Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Encik Chua Tuan Meng, ketika bercakap kepada media yang berhimpun di Woodlands semalam, berkata:



"Pembukaan sempadan darat (Singapura dan Malaysia) menandakan satu peristiwa penting dalam peralihan kami daripada Covid-19.



"ICA dan (pihak) agensi lain telah bekerjasama dengan rakan sejawat kami di Malaysia untuk membuka semula sempadan dengan selamat sejak beberapa bulan lalu."



Menurut ICA, sejak pembukaan Tambak Singapura-Malaysia pada 12 tengah malam semalam, lebih 11,000 pengembara telah melintasi sempadan darat sehingga 7 pagi semalam.



Hampir semua kaunter imigresen dibuka untuk melancarkan proses kemasukan itu.



Di laluan kereta, kelihatan kebanyakan kereta pelat Singapura. Ada yang memandu seorang diri dan ada juga yang bersama keluarga serta anak-anak.



Di laluan motosikal pula, kebanyakan adalah motosikal dengan pelat Malaysia.



Salah seorang penunggang motosikal di deretan laluan motosikal ialah Encik Khairul Asyri Abdul Mubin, 41 tahun.



"Alhamdulillah, saya amat ghairah dan teruja kerana kini dapat pulang ke rumah yang di JP Perdana," ujar beliau kepada Berita Harian.



Menurutnya, beliau selamat sampai ke rumah sekitar 2 pagi.



"Oleh kerana kesesakan di kastam Singapura, kami mengambil masa yang agak lama melepasinya... sebab memang ramai orang.



"Tambahan pula, kad pembayaran untuk autopass tidak dapat dikesan, jadi harus beratur 10 minit di pejabat untuk membayar," kata tukang masak itu apabila dihubungi BH kemudian.



Menurut Encik Khairul Asyri lagi, beliau tiba di kastam Malaysia sekitar 1.30 pagi.



Beliau menjangka kembali ke Singapura esok untuk bertugas dan bercadang berulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru sepanjang Ramadan.



Sebelum ini, beliau pernah pulang untuk bersama keluarga pada Disember lalu menerusi Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) Darat, kata bapa empat anak berusia antara dua dengan 10 tahun itu.



Mengulas berhubung pembukaan itu, Encik Chua berkata bahawa operasi kededua pusat pemeriksaan - Woodlands dan Tuas - berjalan lancar dengan pengembara mempunyai kesemua dokumen yang diperlukan.



"Kami ingin mengingatkan agar pengembara mempunyai semua dokumen perjalanan yang sah, seperti pasport dan Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebelum tiba di pusat pemeriksaan," tambah Encik Chua.



Keadaan yang agak berbeza pula dilihat di lorong ketibaan ke Singapura sekitar 1 pagi semalam.



Lorong agak lengang, dengan sekitar lima kereta memasuki Singapura pada ketika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >