Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Honestbee lepaskan 80 peratus kakitangan, tangguh bayar gaji dan sumbangan CPF

Mar 10, 2020 | 08:32 PM



SYARIKAT ‘start-up’ yang dibelenggu masalah, Honestbee, telah melepaskan 80 peratus kakitangannya selepas ia menutup kedai runcitnya, Habitat. 



Pekerja juga diberitahu bahawa gaji dan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka bagi Februari tertunggak.



Jurucakap syarikat itu, dalam satu kenyataan pada Selasa (10 Mac), berkata bahawa kakitangan itu dilepaskan kerana “syarikat tidak menjangka operasi Habitat akan berterusan (pada) kekuatan penuh dalam beberapa minggu akan datang”. 



Syarikat ‘start-up’ itu telah menutup Habitat buat sementara sejak 10 Februari apabila bilangan pelanggannya merosot, terutama selepas penularan Covid-19. 



Majoriti pekerja seramai sekitar 100 orang, yang merupakan “kakitangan operasi dalam kulinari, perkhidmatan, runcit dan penggudangan” tidak lagi diperlukan, tambah jurucakap itu. 



Keseluruhannya, Honestbee mempunyai 130 pekerja di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >