Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GALAK GUNA KERETA ELEKTRIK

Hong Leong Finance tawar pinjaman kadar faedah kompetitif bagi firma penyewa kenderaan

CAR
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT kewangan Hong Leong Finance adalah entiti pinjaman terkini yang memperuntuk produk khas bagi kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian usaha menyokong langkah Singapura menggalak pengangkutan lebih mesra alam.



Ia kini menawarkan pinjaman dengan kadar faedah kompetitif bagi syarikat yang menyewakan kenderaan.



Ini menyusuli langkah serupa oleh DBS Bank bulan lalu untuk memikat pembeli kereta elektrik.



Semalam, Hong Leong Finance mengumumkan kadar faedah 1.5 peratus bagi pinjaman membeli kereta sewa bagi tempoh pinjaman tujuh tahun.



Menurut syarikat itu, langkah itu bertujuan menggalak sektor kereta sewa beralih kepada kereta lebih mesra alam.



Kadar faedah ini adalah yang paling rendah di Singapura, menurut The Straits Times dalam laporannya.



Ia boleh digunakan bagi kedua-dua kereta elektrik penuh dan kereta hibrid yang mempunyai enjin petrol yang dipadankan dengan motor elektrik.



Buat masa ini kadar faedah bagi pembeli kereta persendirian adalah antara 1.68 peratus dengan 1.98 peratus.



Penjual kereta berkata kadar yang diperuntuk bagi syarikat kereta sewa biasanya lebih tinggi kerana mereka dianggap menanggung risiko lebih tinggi.



Hong Leong Finance juga kini menawarkan pinjaman bagi syarikat kereta sewa yang ingin membina stesen mengecas EV sendiri.



"Ini akan membantu mempercepat pembinaan stesen mengecas EV untuk mencapai sasaran 60,000 yang dilakar dalam Pelan Hijau Singapura 2030," kata Hong Leong Finance dalam kenyataannya.



Menambah, ia berkata pendanaan bagi membina stesen pengecas ini akan diperluas secara berperingkat untuk membinanya di bangunan komersial dan kondominium privet.



Bulan lalu, OCBC Bank mengumumkan kerjasama dengan firma prasarana EV Charge+ untuk mempercepat pembinaan tempat mengecas EV.



Presiden Hong Leong Finance Ang Tang Chor berkata syarikat itu memberi tumpuan kepada syarikat sewa kereta kerana kategori tersebut, yang termasuk kereta sewa-privet, adalah sektor yang sedang berkembang.



Sektor kereta sewa-privet di Singapura tumbuh 142 peratus dalam tempoh lima tahun lalu dan merangkumi 71,147 kereta pada 2020, menurut perangkaan daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Pada masa ini, pengendali khidmat sewa-privet sedang menambah EV kepada kenderaan mereka.



Sebagai contoh, Grab telah menambah 200 kereta Hyundai Kona Electric pada 2019 dan syarikat sewa kereta setempat RMG sedang meneroka menambah kereta Tesla Model 3s kepada produk yang ditawarkannya.



Encik Ang menambah: "Kereta hijau kini lebih dimampui. Dengan harga petrol bertambah, kos harian mengendalikan kereta elektrik lebih rendah berbanding kereta yang menggunakan bahan api.



"Kos penyenggaraan juga lebih rendah kerana motor elektrik mempunyai bilangan bahagian lebih rendah yang memerlukan penyenggaraan."



Bulan lalu, DBS mengumumkan kadar pinjaman kereta hijau serupa, yang menawarkan kadar faedah 1.68 peratus, yang dikatakannya adalah kadar yang paling rendah pada ketika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >