Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA - ROMBAKAN KABINET

Hong Tat sertai gerakan buruh, lepaskan tugas di MFA

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan Pengangkutan dan Ehwal Luar Negara Encik Chee Hong Tat akan menyertai gerakan buruh dan akan melepaskan jawatannya dalam Kementerian Ehwal Luar.



Beliau akan menggantikan Menteri Negara Kanan Kesihatan Encik Koh Poh Koon.



Encik Koh kini menyandang jawatan timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Perubahan akan berkuatkuasa 15 Mei ini.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata beliau membuat keputusan memindahkan Encik Chee, 47 tahun ke gerakan buruh selepas membincangkan hal itu bersama setiausaha agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



NTUC dalam satu kenyataan PM Lee telah menulis kepada presidennya, Cik Mary Liew Rabu lalu untuk memohon agar Dr Koh dilepaskan daripada jawatannya agar beliau dapat kembali ke perkhidmatan awam sepenuh masa dan juga memohon agar Jawatankuasa Pusat NTUC menimbangkan menerima Encik Chee ke dalam gerakan buruh.



Jawatankuasa Pusat NTUC telah bertemu dan menerima permohonan PM Lee, tambah kenyataan itu lagi.



Dalam suratnya kepada Cik Liew, PM Lee berkata:



"Saya yakin bahawa Hong Tat, dengan pelantikan terkininya dalam Kementerian Pengangkutan dan pengalamannya sebelum ini dalam Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta perkhidmatan awam, akan dapat menyumbang secara ketara kepada usaha NTUC menjamin kehidupan dan masa depan pekerja kita."



Dalam jawapannya, Cik Liew berkata dengan adanya pemegang jawatan politik yang dipinjamkan ke NTUC menggariskan hubungan simbiotik antara NTUC dengan Parti Tindakan Rakyat.



"Kami mengalu-alukan kehadiran Saudara Hong Tat untuk menyertai kita kerana beliau bukan orang asing kepada pergerakan buruh," ujarnya.



Jawatankuasa Pusat NTUC dijangka melantik secara rasmi Encik Chee ke jawatannya pada satu tarikh lain, sebelum akhir bulan Mei, katanya dalam kenyataan itu.



Encik Chee, akan terus memegang jawatan Menteri Negara Kanan Kementerian Pengangkutan dan bekerjasama dengan Encik Ng, bersama-sama dua timbalan setiausaha agung NTUC - Encik Heng Chee How dan Cik Cham Hui Fong.



NTUC berkata Encik Chee bukan orang asing dalam usaha membantu pekerja.



Beliau akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, satu daripada penghargaan tertinggi dalam Anugerah Hari Pekerja tahun ini, atas kerjanya dalam menyokong perlindungan pekerja jagaan kesihatan dan pengangkutan awam terhadap penderaan.



Dr Koh, 49 tahun akan memegang jawatan baru di Kementerian Tenaga Manusia selaku Menteri Negara Kanan.



PM Lee berkata dalam suratnya bahawa Dr Koh yang dilantik sebagai timbalan setiausaha agung NTUC pada 2018 telah menyokong ketua buruh sebagai penghubung antara gerakan buruh dan agensi pemerintah serta memperkukuh hubungan rapat dan simbiotik antara NTUC dengan pemerintah PAP.



Cik Liew berkata Dr Koh merupakan anggota utama pasukan kepimpinan NTUC, memacu usaha memperluas Model Gaji Progresif serta dalam latihan dan transformasi.



Cik Liew turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Koh kerana menjaga kepentingan pekerja berpendapatan rendah di Singapura dan mengusulkan peningkatan dalam produktiviti.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >