Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hongkong tolak permintaan Singapura pada April 2016 untuk tangkap Jho Low

Jul 11, 2018 | 05:18 PM



SINGAPURA telah meminta Hongkong bantuan untuk menangkap ahli perniagaan dari Malaysia, Encik Low Taek Jho, pada April 2016 tetapi permintaan itu ditolak, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (11 Julai).



Polis berkata demikian sebagai respons kepada laporan media yang mendakwa Singapura tidak meminta Hongkong menangkap Encik Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low.



Encik Low dikehendaki di Malaysia bagi siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Menurut polis, mereka telah mengeluarkan waran untuk menangkap Low pada April 2016 menyusuli siasatan dan tuduhan terhadapnya bagi kesalahan pemindahan wang secara terlarang dan menerima harta yang dicuri secara tidak jujur.



Tambahnya, waran penangkapan terhadap Encik Low itu masih sah.



Satu laporan oleh South China Morning Post pada 7 Julai lalu menyatakan bahawa Encik Low dan keluarganya dapat keluar dari Hongkong untuk ke Macau kerana kedua-dua Malaysia dan Singapura tidak mengemukakan permohonan bagi penangkapannya secara rasmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >