Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Hospital Alexandra kerah robot kunjungi pesakit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Hospital Alexandra kerah robot kunjungi pesakit

Dec 23, 2020 | 05:30 AM

BAYANGKAN, anda warga emas yang baru keluar hospital setelah mendapat rawatan... tiba-tiba rumah anda dikunjungi robot untuk membuat pemeriksaan terhadap kesihatan anda.

Robot yang dimaksudkan, pembantu kecerdasan buatan (AI) dikenali dengan nama 'Ohmni' dan 'Temi'.

Inilah yang akan berlaku dalam program percubaan oleh Hospital Alexandra (AH), yang semalam memulakan perkhidmatan geriatrik percuma dengan kemudahan klinik pakar satelit.

AH dalam satu siaran akhbar semalam berkata sebagai program percubaan, yang dipercayai menjadi yang pertama dikendalikan hospital tempatan, robot digunakan sebagai 'sukarelawan' kesihatan untuk mengetuk pintu rumah pesakit termasuk mereka yang dibenarkan keluar dari AH, dan membuat kunjungan ke rumah pesakit.

Menurut kenyataannya, AH telah menggunakan dua robot telepresence sebagai duta pendidikan umum dan kesihatan yang melakukan lawatan ke rumah di kawasan Mei Ling dan Ghim Moh, dan di mana warga emas tinggal sendirian.

Ia khusus bagi mereka yang tidak mempunyai cara untuk melalui konsultasi maya Zoom secara langsung atau untuk menjalankan rujukan kesihatan menerusi telefon, termasuk urusan pematuhan mengambil ubat-ubatan.

Tahun depan, penggunaan robot itu akan diluaskan khidmatnya ke klinik rawatan masyarakat dan perkhidmatan geriatrik di Queenstown.

Kedua-dua robot AI 'Ohmni' dan 'Temi' itu akan menyertai sekumpulan 150 sukarelawan manusia lain (yang digelarkan sebagai "Alex Advocates").

Menurut AH, program percubaan ini adalah untuk melengkapkan warga tua dan pesakit yang telah selesai menjalani rawatan peralihan oleh jururawat masyarakat AH agar dapat hidup berdikari dan yakin menjaga kesihatan mereka seterusnya.

Robot tersebut akan digandingkan dengan sukarelawan manusia dari AH, dan ia akan diprogramkan dengan video-video yang disesuaikan dengan pesakit, dan zoom 'langsung' dengan pasukan rawatan perubatan dari AH.

Pengendali hanya perlu memilih ikon widget dengan nombor unit rumah yang mereka kunjungi, di skrin utama robot, dan robot akan memandu warga emas, antara lain cara-cara bagaimana mengambil tekanan darah, menguruskan ubat-ubatan dan cara melakukan senaman yang sederhana.

Terdapat enam blok sewa di estet Mei Ling dan tiga blok sewa di Ghim Moh, dengan kira-kira 2,000 warga emas berusia lebih 65 tahun yang menetap di Queenstown.

Sebanyak 20 peratus daripada 56,300 penduduk di Queenstown berumur 65 tahun ke atas dan 13 peratus tinggal di blok sewa. Sebanyak 8.2 peratus lagi tinggal bersendirian.

Pembukaan klinik Pusat Aktiviti Warga Senior Lions Befrienders yang terletak di Blok 150, Mei Ling Street semalam telah dikunjungi tetamu khas, Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3