Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital baru bakal dibina di Bedok North jelang 2030

Nov 13, 2020 | 04:52 PM



PEMERINTAH bakal membina sebuah hospital bersepadu baru bersebelahan stesen MRT Bedok North yang akan dibuka menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Jumaat (13 Nov).



Hospital yang akan dibina di daerah Bedok Reservoir Road dan Bedok North Road itu akan menggabungkan hospital besar dan hospital masyarakat.




Hospital besar akan menyediakan khidmat kecemasan dan perkhidmatan pesakit, manakala hospital masyarakat pula akan menyediakan khidmat perantaraan seperti pemulihan dan rawatan sub-akut untuk menyokong pesakit yang dibenarkan pulang dari hospital besar.

 



Hospital baru itu bakal dikendalikan SingHealth, lapor The Straits Times.




"Hospital yang bakal dibina di Bedok North akan membolehkan kita memberikan keperluan penjagaan kesihatan masyarakat di daerah timur Singapura dengan lebih baik," kata Encik Gan.

 



Sementara itu Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia akan mengeluarkan tender dalam beberapa minggu akan datang untuk melantik perunding projek bagi merancang dan melakarkan reka bentuk hospital bersepadu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >