Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital Besar Sengkang dibuka 18 Ogos

Aug 11, 2018 | 12:42 PM



Hospital Besar Sengkang (SKH) akan dibuka Sabtu depan sebagai sebahagian daripada kumpulan hospital besar awam baru yang dibina bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin menua. 



Menyusuli pembukaan SKH, hospital masyarakat yang berdampingan dengannya pula akan dibuka 10 hari selepas itu. Ini memandangkan tempoh masa tertentu diperlukan sebelum pesakit dipindahkan dari hospital besar ke hospital masyarakat bagi rawatan pemulihan.



Mengumumkan tarikh pembukaan dua hospital itu di Pesta Kesihatan Sengkang pagi tadi, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, menjelaskan pembukaan dua hospital itu akan memudahkan orang ramai yang tinggal di kawasan timur laut untuk menerima jagaan kesihatan bermutu lagi dimampui berdekatan dengan rumah mereka.



Dua hospital ini akan bekerjasama rapat dengan beberapa pusat pakar.



Kata Encik Gan:



"Menerusi kerjasama dengan Pusat Jantung Kebangsaan, Pusat Mata Kebangsaan Singapura dan Pusat Barah Kebangsaan, antara lain, kampus SKH ini akan juga menawarkan penduduk di kawasan timur laut ini kemudahan bagi khidmat pakar."



Kededua hospital ini merupakan sebahagian daripada kelompok SingHealth, yang termasuk Hospital Besar Singapura (SGH), Hospital Besar Changi dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >