Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital di sini sedia tampung kes ICU

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



KEUPAYAAN hospital setempat untuk merawat pesakit yang memerlukan jagaan rapi tidak akan terjejas meskipun jika kes Covid-19 yang serius dan memerlukan rawatan sedemikian di sini bertambah.



Profesor Dale Fisher, seorang perunding kanan penyakit berjangkit di Hospital Universiti Nasional (NUH) berkata hospital-hospital di sini membuat perancangan untuk berhadapan dengan keadaan di mana bilangan kes berisiko tinggi atau kes yang serius bertambah, termasuk dalam tempoh ini.



Ini termasuk menguruskan katil-katil untuk pesakit, bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE), alat bantuan pernafasan dan ubat-ubatan, serta kakitangan yang diperlukan untuk merawat pesakit.



Beliau juga berkata orang yang sudah divaksin sepenuhnya bagi Covid-19 mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami sakit teruk jika dijangkiti dan Singapura mempunyai kadar vaksinasi penuh yang tinggi, iaitu 73 peratus.



"Hampir mustahil kemampuan kita akan habis kerana keadaannya sangat terkawal.



"Kami memerhatikan setiap hari berapa orang yang menderita daripada penyakit teruk.



"Kami juga melihat kebanyakan pulih dan kami juga tahu bahawa setiap hari, lebih 50,000 orang mendapatkan dos kedua vaksin," kata Profesor Fisher, dalam wawancara dengan The Straits Times, baru-baru ini.



Namun, golongan yang masih menjadi keprihatinan adalah warga emas yang belum divaksin.



Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan, sekitar 80,000 warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas masih belum divaksin sehingga 5 Ogos.



Profesor Fisher berkata hospital boleh membuat ramalan tentang ruang ICU yag diperlukan berdasarkan bilangan pesakit lebih tua yang belum divaksin yang mengalami penyakit ringan.



Menambah, beliau berkata penyakit lebih teruk biasanya muncul dalam tempoh seminggu.



"Sekiranya salah satu penunjuk ini mencapai tahap yang agak tinggi, kita kemungkinan akan melihat langkah-langkah masyarakat yang diperketatkan lagi," katanya.



Pada 12 Ogos, terdapat seramai 470 pesakit Covid-19 di hospital, termasuk 36 yang memerlukan bantuan oksigen. Sembilan pesakit pula dirawat di unit jagaan rapi (ICU).



Hospital telah telah mengorak langkah menyediakan lebih banyak katil Covid-19 setelah kelompok besar muncul, yang sebahagiannya disebabkan varian Delta yang mudah berjangkit.



Namun, contoh penularan pesat seperti dari kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, yang pada masa ini adalah kelompok aktif terbesar di sini dan berjangkit ke pasar dan pusat penjaja bulan lalu antara keadaan yang mengundang keprihatinan.



Dengan 200,000 warga emas yang masih belum divaksin pada masa itu, terdapat kebimbangan bahawa warga emas yang tidak divaksinasi perlu mendapatkan rawatan di ICU jika mereka dijangkiti Covid-19.



Sebelum ini, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung telah meyakinkan orang ramai dan mengatakan bahawa bilangan katil di ICU mencukupi dan sehingga 1,000 tempat di ICU diperuntuk bagi pesakit Covid-19 yang sakit parah jika diperlukan.



Di Hospital Alexandra (AH), dua wad telah diubah untuk menjadi wad Covid-19 antara akhir April dan bulan lalu.



Ketua Pegawai Operasinya Jeffrey Chun mengatakan hospital juga akan mengubahsuaikan wad umum awal tahun depan untuk melengkapkannya dengan bilik tekanan negatif yang boleh diubah suai dengan cepat menjadi bilik ICU untuk pesakit Covid-19.



Bilik-bilik ini dibina untuk mengendalikan peralatan tambahan dan dilengkapkan dengan kemudahan seperti poin kuasa elektrik lebih banyak.



Dr Liew Mei Fong, pengarah ICU di hospital tersebut berkata ini adalah untuk menampung lebih banyak peralatan perubatan yang diperlukan untuk merawat pesakit Covid-19.



Beliau mengatakan bahawa doktor-doktor di ICU telah melengkapkan latihan perubatan rawatan intensif, melebihi latihan kepakaran mereka sendiri.



Jururawat di ICU juga telah menjalani latihan khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >