Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital jadi pilihan lokasi sesi foto bagi bakal mempelai

Nov 30, 2020 | 05:30 AM



HOSPITAL biasanya bukan lokasi pilihan yang sesuai untuk mengadakan sesi berfoto bagi pasangan yang akan berkahwin.



Namun, bagi Cik Nurul Artika Raemi dan Encik Muhammad Aziz Firdaus Abdullah, tiada tempat yang lebih sesuai untuk merakam kenangan sebelum majlis perkahwinan mereka Jun nanti, selain hospital.



Lokasi pilihan mereka di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS) itu merupakan saksi jerih payah pasangan tersebut mengharungi tempoh paling mencabar dalam perhubungan mereka sejauh ini.



Cik Artika, 26 tahun, disahkan menghidap barah buah dada pada 2018, dan Encik Aziz merupakan salah seorang yang setia berada di sisi beliau dalam menempuhi cabaran yang datang selepas beliau mendapat berita pahit itu.



Selain keluarga Cik Artika, Encik Aziz juga salah seorang penjaga utamanya yang sering menghantar Cik Artika menjalani rawatan kemoterapi.



Menurut Cik Artika, hospital tersebut memang lokasi pertama yang difikirkan dalam perancangan sesi foto itu.



"Tempat ini jadi peringatan yang kami berjaya tempuhi tempoh paling sukar bersama. Ia seperti rumah kedua kerana memang begitu sering kami berada di sini.



"Ia tempat yang saya harap tidak perlu lagi saya kunjungi sebagai pesakit, tetapi juga tempat yang saya tidak ingin lupakan," ujarnya.



Walaupun kini beransur pulih, Cik Artika tidak dapat lupakan keperitan menjalani dua pembedahan dan juga kemoterapi.



Beliau akui pelbagai persoalan melintas di fikirannya selepas disahkan menghidap barah.



"Saya tahu penyakit ini menjejas masa depan saya, pada masa itu saya tak tahu sama ada saya masih boleh mulakan keluarga, ada anak, atau tidak.



"Jadi, pada saya nak bincang tentang perkara seperti itu merupakan salah satu cabaran yang paling sukar pada masa itu," ujarnya yang pernah bekerja sebagai kakitangan penjagaan kesihatan sebelum ini.



Cik Artika tahu penyakit yang dialaminya memerlukan pelbagai rawatan walaupun selepas beliau beransur pulih.



Menyedari perkara tersebut, beliau telah memberikan pilihan kepada Encik Aziz untuk berpisah dengannya.



Walaupun akui pengalaman yang dilalui agak sukar, Encik Aziz berkata apa jua masa depan mereka, beliau ingin menempuhinya bersama.



"Secara jujur, memang sukar apabila orang yang kita sayangi menghidap barah. Memang mudah untuk kita persoalkan, kenapa kita?



"Tapi saya tahu inilah masa untuk kita putuskan arah hubungan kita, dan saya memilih untuk harungi masa depan bersama," ujarnya.



Walaupun akui tidak dapat menetapkan matlamat seperti pasangan lain dalam usia 20-an tahun, Cik Artika berpendapat kecekalan yang mereka paparkan cukup membanggakan.



"Pasangan seusia kita biasanya letakkan matlamat untuk beli rumah, ada anak, sambung belajar. Ini semua kita tak mampu nak capai buat masa kini, tapi selagi kita masih ada masa depan untuk dirancang, ini sudah cukup untuk kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >