Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital Khoo Teck Phuat buat laporan polis berhubung laman web palsu

Feb 23, 2022 | 10:39 PM



HOSPITAL Khoo Teck Puat telah membuat laporan polis selepas menyedari sebuah laman web palsu yang meniru laman webnya.



Dalam catatan Facebook pada Rabu (23 Feb), hospital di Yishun itu berkata ia telah menghubungi hos domain supaya memulakan langkah penghapusan laman web palsu itu.



“Semua penyedia perkhidmatan Internet Singapura telah menyekat akses ke laman web dan semakan kami mengesahkan bahawa laman web itu tidak lagi boleh diakses,” kata catatan itu.



Menjawab pertanyaan daripada The Straits Times, pengarah IT hospital itu Encik Liew Phey Bong berkata laman web palsu itu dikesan pada Isnin lalu oleh Integrated Health Information Systems (IHiS) yang merupakan rakan kongsi IT penjagaan kesihatan hospital itu.



Pasukan tindak balas insiden siber segera dikerah.



Encik Liew berkata hospital itu tidak dapat menentukan tujuan laman web palsu itu dan berapa lama ia telah aktif.



Beliau menambah bahawa laman web palsu itu mengandungi ruang untuk nama, alamat e-mel dan nombor telefon.



Setakat ini tidak ada tanda-tanda bahawa mana-mana orang awam atau pesakit hospital telah menyerahkan maklumat peribadi ke laman web palsu itu, katanya.



Laporan polis telah dibuat pada malam Isnin, dan syarikat telekomunikasi utama telah menyekat akses ke laman web itu pada pagi semalam.



Encik Liew berkata hospital itu kini sedang bekerjasama dengan IHiS dan pihak berkuasa untuk menghapuskan laman web palsu yang dihoskan di luar negara itu.



Laman web rasmi hospital itu ialah ktph.com.sg.



Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman web yang menggunakan alamat Web lain yang menyamar sebagai laman web rasmi Hospital Khoo Teck Puat, kata catatan Facebook itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >