Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Hospital kurangkan waktu siapkan bilik bedah bagi pesakit

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



PAKAR bedah kini membantu membawa pesakit ke bilik bedah jika pekerja porter sibuk dengan tugas lain.



Inilah pendekatan yang diambil kakitangan bilik bedah Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH), di mana semua pihak melibatkan diri dalam operasi.



Dengan cari ini, ia membolehkan masa bagi pesakit selanjutnya dibedah dipendekkan.



Ini juga bermakna kakitangan biasanya dapat menyelesaikan kerja, dan pulang ke rumah, tepat pada masa.



Aliran kerja baru itu bermakna setiap orang mengambil langkah untuk melakukan apa yang diperlukan.



Apabila pembedahan itu berakhir, pembersih dari bilik bedah lain akan membantu supaya tempat itu dapat disediakan untuk pesakit seterusnya dengan lebih cepat.



Jika pembedahan itu lebih rumit, dan bantuan diperlukan, jururawat dari bilik bedah lain yang tidak sibuk akan dipanggil.



Semua ini telah membantu memendekkan masa siapkan bilik bedah untuk pesakit daripada 21 minit kepada 12 minit.



Tiada data yang menunjukkan purata masa persiap bilik pembedahan di hospital-hospital Singapura, tetapi perangkaan di Amerika Syarikat tahun lalu menunjukkan puratanya adalah 30 hingga 37 minit.



Penolong Pengarah Kejururawatan NTFGH, Cik Joanna Tan, berkata:



"Seramai 120 jururawat bilik pembedahan kendalian kami kini dapat melakukan lebih banyak tugas dan selesai kerja tepat pada masanya.



"Masa tambahan itu kemudian membolehkan ia digunakan untuk pelbagai latihan dan peningkatan kemahiran."



Selain itu, pesakit kini dapat mengurangkan masa di bilik bedah dan mereka yang melalui pembedahan sehari kini dapat dibenarkan pulang lebih awal.



Ini merupakan antara beberapa perubahan didorong data yang dilaksana sejak April tahun ini.



Ketua eksekutif hospital tersebut, Dr Quek Lit Sin, menjangkakan lonjakan permintaan sebaik peraturan sekatan Covid-19 dilonggarkan.



Justeru, beliau merayu kepada kakitangan agar mencari cara kreatif untuk perbaiki aliran kerja.



Dengan jumlah tenaga kakitangan menjadi isu, hospital itu kekurangan sekitar 100 jururawat.



Semua hospital di Singapura mempunyai tunggakan pembedahan yang tidak mendesak dan telah ditangguhkan kerana tumpuan beralih kepada menjaga pesakit Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >