Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital laksana peraturan berdasarkan status vaksinasi untuk pelawat ke wad mulai 19 Ogos

Aug 16, 2021 | 09:08 PM



LAWATAN ke wad hospital dibenarkan disambung mulai Khamis (19 Ogos), tetapi dengan langkah yang dibeza-bezakan mengikut status vaksinasi bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.


Pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya, atau telah pulih daripada Covid-19 dengan notis pengecualian ujian praacara yang sah, akan dapat memasuki wad tanpa perlu mengambil ujian Covid-19 sebelum lawatan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).


Mereka yang baru menerima satu dos vaksin perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19 sebelum lawatan yang negatif mulai 1 Oktober sebelum dibenarkan mengunjungi wad, kerana mereka mungkin belum mendapat perlindungan yang mencukupi.


Mereka akan dikecualikan daripada syarat ujian itu dari Khamis hingga 30 September.


Pelawat yang tidak divaksin perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19 negatif mulai Khamis untuk memasuki wad hospital.


Ini boleh dalam bentuk ujian pantas antigen (ART) atau ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang diperoleh dalam masa 24 jam sebelum lawatan.


MOH telah melarang lawatan ke hospital dari 5 hingga 18 Ogos disebabkan oleh keadaan Covid-19 yang semakin teruk dan kelompok yang muncul di Hospital Masyarakat Yishun dan Hospital Besar Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >