Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital Masyarakat Outram baru dibuka rasmi

Jan 24, 2022 | 07:32 PM



SELEPAS dua tahun beroperasi, di mana ia membantu menyokong kapasiti katil hospital apabila kes Covid-19 meningkat, Hospital Masyarakat Outram (OCH) dirasmikan pada Isnin (24 Januari).



Ia adalah sebahagian daripada proses ubah suai bangunan 20 tahun kampus Hospital Besar Singapura (SGH) bernilai $4 bilion yang mengisi enam tingkat bangunan baru SingHealth Tower, yang juga dirasmikan pada Isnin. 



"Setiap bangunan yang mula aktif beroperasi membawa bersamanya prasarana baru...dan lebih penting daripada itu, pengalaman kita dalam mengubah jagaan," kata Ketua Eksekutif SingHealth, Cik Ivy Ng, di majlis pembukaan rasmi itu.



"Semakin kompleks jagaannya, sewajarnya semakin mudah pesakit untuk mengemudi sistem kami," katanya lagi.



Pusat Barah Kebangsaan Singapura dijadualkan dibuka hujung tahun ini sebagai sebahagian proses ubah suai itu, dengan Bangunan Perubatan Kecemasan SGH mula beroperasi pada 2024.



Ini disusuli dengan Pusat Jagaan Elektif SGH dan Pusat Pergigian Kebangsaan Singapura pada 2027, dengan fasa kedua melibatkan tambahan Kompleks SGH baru dan rangkaian jalanan yang diperbaiki.



Perkembangan ini adalah sebahagian daripada pelaburan berterusan pemerintah dalam prasarana awam, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang menghadiri acara itu.



"Di luar pelaburan sumber, keseluruhan projek ini memerlukan perancangan dan pelaksanaan terperinci. Sebagai contoh, khidmat dan jalanan perlu berpindah secara berhati-hati agar tidak menjejas operasi di salah sebuah hospital paling sibuk dan paling lama di Singapura," katanya.



Hospital masyarakat dengan 545 katil akan menjaga pesakit yang tidak lagi memerlukan jagaan akut yang disediakan hospital besar tetapi belum cukup pulih untuk pulang ke rumah.



Mereka termasuk golongan yang telah menjalani gantian lutut, patah tulang pinggul atau strok. Mereka termasuk pesakit Covid-19 yang sudah sembuh daripada virus tetapi berusia dan uzur, dengan kondisi perubatan yang memerlukan pemulihan.



Bagi membantu pemulihan mereka, OCH mempunyai kemudahan khas persis flat dua bilik yang membolehkan pesakit melakukan kegiatan harian.



Hospital masyarakat juga mengambil masuk pesakit yang memerlukan jagaan paliatif dan mereka yang mempunyai demensia.



Turut ditampung dalam SingHealth Tower setinggi 19 tingkat adalah kakitangan pentadbiran dan logistik serta dapur pusat dan unit bekalan steril hospital, di mana bekalan makanan dan perubatan dihantar kepada bahagian kompleks ini menerusi rangkaian terowong bawah tanah



Menurut Encik Ong, terdapat pekerja penting bagi mana-mana pertubuhan.



"Bagaimanapun, dalam era media sosial dan operasi pengendalian jentera awam 24 jam, kita boleh mudah terlupa akan sumbangan penting mereka, hingga sesuatu menjadi silap," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >