Hospital Masyarakat Outram dapat tangani isu kekurangan katil, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

Hospital Masyarakat Outram dapat tangani isu kekurangan katil

May 21, 2015 | 01:45 PM

SEBUAH hospital masyarakat di Outram, yang dijadualkan siap menjelang 2020, akan menambah lagi 550 katil dalam sistem jagaan kesihatan Singapura, sekaligus diharap dapat mengurangkan masalah kekurangan katil hospital di sini.

Berada dekat dengan Hospital Besar Singapura (SGH), 500 daripada katil di Hospital Masyarakat Outram yang baru itu akan disediakan untuk para pesakit separuh akut, manakala 50 lagi untuk pesakit jagaan paliatif.

Ramai warga tua yang menghadapi keadaan seperti serangan angin ahmar memerlukan jagaan pemulihan di hospital masyarakat sebelum mereka dihantar pulang.

Justeru hospital masyarakat yang baru itu begitu penting kepada penduduk Bukit Merah, yang berada tidak jauh daripada hospital tersebut.

Ini kerana estet tersebut mempunyai bilangan penduduk berusia 65 tahun kedua paling tinggi di Singapura, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semasa berucap di majlis pecah tanah di tapak hospital itu hari ini.

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map