Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Hospital Masyarakat Outram, Menara SingHealth dirasmikan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hospital Masyarakat Outram, Menara SingHealth dirasmikan

Ye Kung: Hospital masyarakat main peranan penting dalam sistem jagaan kesihatan awam
Jan 25, 2022 | 05:30 AM

HOSPITAL Masyarakat Outram (OCH), hospital masyarakat kesembilan di Singapura, dirasmikan sema-lam, meskipun ia telah digunakan sebagai kemudahan rawatan Covid-19 sejak pandemik itu bermula.

Hospital yang mempunyai 545 katil itu bertempat di Menara SingHealth, yang turut dirasmikan semalam.

Menara setinggi 19 tingkat itu dan OCH sebahagian daripada pembangunan fasa satu projek Pelan Induk Kampus Hospital Besar Singapura (SGH) bernilai $4 bilion yang bertujuan menambah baik kemudahan dan kapasiti bagi keperluan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

Semasa ucapannya di pelancaran OCH semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata bahawa hospital masyarakat sentiasa memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan awam dalam membantu pesakit pulih dan kembali semula ke dalam masyarakat.

"Di OCH, program dan aktivitinya direka khas untuk memastikan pesakit warga emas terlibat secara mental dan fizikal semasa berada di hospital.

"Antara inisiatif yang telah dirintis di hospital masyarakat lain sebelum dilaksanakan di sini ialah program Penjagaan Utama Bersepadu bagi Warga Emas Berisiko yang menghubungkan pesakit yang dibenarkan pulang ke rumah dengan doktor am di estet kejiranan untuk membolehkan penjagaan berterusan," kata Encik Ong.

Selain itu, sebuah program yang akan melengkapkan pesakit di OCH dengan kemahiran hidup penting, seperti menggunakan telefon bijak dan aplikasi seperti WhatsApp dan mengimbas kod QR, akan diperkenal.

Bagi pesakit memerlukan penjagaan paliatif pula, pilihan berbeza disediakan berdasarkan kecenderungan dan keselesaan mereka.

Mereka yang ingin dijaga di rumah boleh memanfaatkan Khidmat Penjagaan Paliatif Hospice Pesakit di mana pasukan penjaga paliatif akan membantu meringankan simptom serta memenuhi keperluan psikososial pesakit, membolehkan mereka menjalani hari-hari terakhir mereka secara bermaruah dan selesa.

"Sejak membuka pintu kami pada hujung 2019, pasukan-pasukan kami telah bekerjasama rapat dengan institusi di Kampus SGH untuk memastikan pemindahan pesakit yang lancar ke hospital masyarakat kami.

"Ini telah membawa kepada masa menunggu lebih singkat bagi pemindahan pesakit, pesakit dapat memulakan perjalanan pemulihan mereka lebih awal dalam persekitaran kurang klinikal dan tempoh keseluruhan penginapan hospital lebih pendek bagi pesakit," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Masyarakat SingHealth, Cik Margaret Lee.

Sementara itu, Encik Ong berkata Menara SingHealth "memainkan peranan utama dan strategik" bagi Kampus SGH.

Ini kerana ia menempatkan Hab Logistik Kampus, Dapur Pusat dan Unit Bekalan Steril, selain pejabat kakitangan pentadbiran yang menyokong operasi harian SGH serta institusi lain di kampus itu.

Mengulas tentang perasmian Menara SingHealth dan OCH, CEO Kumpulan SingHealth, Profesor Ivy Ng, berkata:

"Pembukaan Menara SingHealth dan OCH melambangkan permulaan satu lembaran baru di mana kami berkembang dari segi infrastruktur penjagaan kesihatan seiring dengan cara kami menyediakan penjagaan merentasi keseluruhan kontinum, dan mewujudkan proses serta rangka kerja sokongan fizikal yang akan membolehkan transformasi ini."


"Di OCH (Hospital Masyarakat Outram), program dan aktivitinya direka khas untuk memastikan pesakit warga emas terlibat secara mental dan fizikal semasa berada di hospital. Antara inisiatif yang telah dirintis di hospital masyarakat lain sebelum dilaksanakan di sini ialah program Penjagaan Utama Bersepadu bagi Warga Emas Berisiko yang menghubungkan pesakit yang dibenarkan pulang ke rumah dengan doktor am di estet kejiranan untuk membolehkan penjagaan berterusan."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.


 PELAN INDUK KAMPUS SGH

- Pelan Induk Kampus Hospital Besar Singapura (SGH) diumumkan pada 2016 oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

- Pembangunan utama di bawah Fasa Satu pelan induk itu termasuk:

  • Pusat Barah Nasional, dijangka dibuka lewat 2022
  • Bangunan Perubatan Kecemasan, dibuka berperingkat jelang 2024
  • Pusat Penjagaan Elektif SGH, dijangka dibuka jelang 2027
  • Pusat Pergigian Nasional, dijangka dibuka jelang 2027

- Fasa Dua merangkumi pembangunan Kompleks SGH dan rangkaian jalan raya dalaman dipertingkat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3