Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital Parkway East dapat sijil halal Muis

Dec 15, 2015 | 04:11 PM



HOSPITAL Parkway East telah memperolehi sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 20 November lalu, menjadikannya hospital swasta pertama Singapura yang menyediakan makanan halal kepada pesakitnya.


Sebelum mendapat pensijilan itu, Hospital Parkway East, seperti semua hospital lain di bawah Parkway Pantai di Singapura, selalunya menawarkan kepada pesakitnya menu yang tidak mempunyai daging dan lemak babi, atau 'no pork no lard'.


Pensijilan ini meluaskan usaha hospital tersebut untuk menjangkau kepada anggota masyarakat Islam dan untuk membuat pesakit Melayu/Islam di hospital itu berasa lebih selesa semasa dirawat.


"Kami telah melihat peningkatan kukuh dan stabil dalam bilangan pesakit Melayu di Parkway East sejak beberapa tahun lalu. Malah kadar pesakit Melayu di Hospital Parkway East lebih tinggi berbanding dengan hospital lain, sebanyak sekitar 22 peratus," kata Encik Phua Tien Beng, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Parkway East, yang terletak di Telok Kurau.


"Oleh itu, kami gembira kerana dapat memberikan pesakit Muslim kami jaminan lebih besar dengan menu halal. Ini adalah satu usaha kecil hospital ini dengan harapan semua pesakit berasa lebih selesa sepanjang mereka berada bersama kami, supaya minda mereka lebih selesa dan mereka akan pulih dengan lebih cepat dan selesa," tambah Encik Phua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >