Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital S'pura siap sedia gerakkan kakitangan sukarela, pekerja jika kes Covid-19 meningkat mendadak

Jan 10, 2022 | 03:06 AM



INSTITUSI jagaan kesihatan yang sudah berdepan dengan masalah kekurangan tenaga manusia kini dalam keadaan bersiap sedia untuk menggerakkan kakitangan sukarela dan kakitangan sokongan lain seandainya varian Omicron mencetus gelombang kes yang meruncing.



Pemerintah telah memberi amaran bahawa gelombang Omicron ini boleh melanda tidak lama lagi. Walaupun varian terkini ini dipercayai menyebabkan penyakit yang lebih ringan berbanding varian Delta, hospital di sini mengawasi situasi ini secara rapi, lapor akhbar The Straits Times.



National Healthcare Group (NHG), sebagai contoh, telah menukik kakitangan pentadbiran yang melalui latihan bersilang untuk menyokong tenaga manusia di barisan depan.



Di mana-mana perlu, institusi jagaan kesihatan ini juga memanfaatkan SG Healthcare Corps, pasukan perubatan simpanan yang pemerintah bentuk pada 2020 untuk menyatukan sukarelawan bagi melawan koronavirus serta kakitangan sambilan untuk menambah keperluan tenaga manusia, kata ketua pegawai sumber kemanusiaan kumpulan, Cik Olivia Tay.



National University Health System (NUHS) pula bersedia mengubah wad hospital yang ada buat pesakit Covid-19 jika perlu dan mempersiapkan kakitangan sukarelanya untuk menyokong kakitangan barisan depan seandainya wujud peningkatan mendadak kes Covid-19 di sini, kata jurucakapnya.



Kakitangan sukarela sebegini telah membantu dengan tugasan asas seperti menghidang makanan, membersihkan dulang makanan dan menjaga pesakit dengan risiko tinggi terjatuh pada suku keempat tahun lalu, selepas kemasukan hospital kerana Covid-19 di sini banyak meningkat dari sekitar lewat September hingga November. Kakitangan sukarela ini tidak lagi ditugaskan di wad, jelas jurucakap itu.



Kekurangan tenaga manusia terus menjadi isu utama di institusi jagaan kesihatan dengan impak terasa apabila wujud pemberhentian kerja kakitangan besar-besaran, fenomena global 2021 yang menggambarkan situasi kehilangan pekerja secara beramai-ramai yang membiarkan pertubuhan dengan tiada pilihan kecuali mencari cara baru untuk melaksanakan tugas berkenaan.



Pada November tahun lalu, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, memberitahu Parlimen bahawa sekitar 1,500 pekerja jagaan kesihatan telah berhenti pada separuh pertama 2021, berbanding sekitar 2,000 orang setiap tahun pada tempoh prapandemik.



Bilangan bagi enam bulan pertama 2021 termasuk hampir 500 doktor dan jururawat asing.



Kekurangan kakitangan di banyak institusi jagaan kesihatan merata dunia membawa pada masalah bakar lebur atau 'burnout' yang mendesak ramai pekerja untuk berhenti daripada tugasan mereka.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >