Hospital tangguh pembedahan tidak mendesak sedang TTSH tangani penyebaran kelompok Covid-19, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Hospital tangguh pembedahan tidak mendesak sedang TTSH tangani penyebaran kelompok Covid-19

May 03, 2021 | 09:03 PM

SEDANG bilangan kes masyarakat Covid-19 di sini meningkat dan kelompok di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semakin membesar, Kementerian Kesihatan (MOH) meminta semua hospital agar menangguhkan pembedahan dan kemasukan yang tidak mendesak buat masa ini, untuk menjimatkan sumber di seluruh sektor penjagaan kesihatan.

Janji temu klinik pesakit luar pakar yang tidak mendesak juga akan ditangguhkan.

Kelompok TTSH terbentuk minggu lalu setelah seorang jururawat di wad 9D di hospital itu disahkan menghidap Covid-19.

Sejak itu, lagi 34 orang telah ditambahkan ke kelompok itu, dan salah seorang daripada mereka, seorang pesakit berusia 88 tahun yang berada di wad 9D, telah meninggal dunia.

"Tidak ada hospital yang menafikan penjagaan perubatan kepada pesakit yang memerlukannya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin (3 Mei).

Discover Malay Home Based Businesses

Sebagai langkah berjaga-jaga, bagaimanapun, hospital boleh mengenakan kriteria yang lebih ketat untuk pengunjung, termasuk meminta pengunjung atau mereka yang menemani pesakit yang telah ke wad pesakit dalam TTSH dari 18 April agar menangguhkan kunjungan mereka.

"Ini demi kepentingan dan keselamatan pesakit dan kakitangan di hospital lain, sedang siasatan ke atas penularan TTSH sedang dijalankan," kata MOH.

Dalam kenyataannya, MOH berkata TTSH secara bertahap menghentikan kemasukan kes pesakit dalam baru sejak Ahad.

Semua kes ambulans Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF) juga akan dialihkan ke hospital awam dan swasta lain untuk tujuan pengimbangan beban, tambahnya.

Bagi pesakit yang memerlukan perkhidmatan klinik pesakit luar, TTSH akan menangguhkan janji temu kes yang stabil dan memulakan telekonsultasi dan penghantaran ubat jika sesuai.

Langkah-langkah itu akan membolehkan TTSH dan  Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) menumpukan perhatian mereka terhadap memberikan rawatan yang sesuai kepada pesakit yang kini sedang dirawat, dan menangani kelompok kes Covid-19 di hospital itu.

MOH menggesa orang ramai agar mengunjungi jabatan kecemasan hanya untuk keadaan kecemasan dan mengancam nyawa.

Ini termasuk sakit dada yang berterusan, sesak nafas, kelemahan dan rasa kebas yang berlaku secara tiba-tiba, kecederaan serius dan pelbagai trauma. Masa menunggu yang lebih lama dijangkakan sedang hospital lain menyokong TTSH.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map