Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Hospital tidak lagi akan peruntuk seluruh wad untuk pesakit Covid-19

Nov 08, 2022 | 04:10 PM



HOSPITAL tidak lagi akan peruntukkan seluruh wad untuk pesakit yang positif Covid-19, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung.



Menurut Encik Ong, hospital akan meneruskan amalan masa kini dengan menggunakan katil berasingan bagi pesakit dengan penyakit berjangkit, termasuk Covid-19, sekiranya dinilai mempunyai jangkitan yang mudah berjangkit.



Perubahan berstruktur ini yang diharap dapat meredakan kesesakan di Jabatan Kecemasan (ED), katanya, bukan satu perubahan mendadak, tapi proses peralihan yang telah berjalan.



“Hospital akan terus mengamalkan pelbagai langkah pencegahan ke atas kawalan jangkitan, bagi melindungi mereka yang mudah terdedah dan mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit,” tambahnya.



Encik Ong berkata hospital kini patut beralih daripada memperuntukkan katil-katil wad khusus bagi pesakit Covid-19.



Usaha ini, kata beliau, telah dilakukan dalam peringkat awal pandemik, apabila pesakit Covid-19 berhadapan dengan kemungkinan tinggi mengalami penyakit amat teruk, dan bilangannya boleh melonjak semasa satu gelombang jangkitan.



“Memperuntukkan katil, dan juga wad, juga membantu mengasingkan pesakit ini dan mengurangkan kemungkinan jangkitan pada pesakit lain.



“Namun, kita kini di peringkat di mana kebanyakan penduduk telah divaksinasi dan menerima vaksinasi penggalak, serta pulih daripada Covid-19, dan mempunyai kadar daya tahan terhadap penyakit tertuk.



“Maka kita patut benarkan hospital untuk menilai pesakit mereka berdasarkan betapa serius secara klinikal dan keutamaan rawatan, dan bukan menguruskan pesakit Covid-19 kepada satu piawai berbeza,” katanya di Parlimen pada Selasa (8 November). 



Fleksibiliti sebegini, katanya, adalah penting untuk hospital di sini bagi membantu mereka mengoptimumkan penggunaan katil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >