Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel Crowne Plaza Changi dibuka semula dengan prosedur lebih ketat

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



HOTEL Crowne Plaza Changi Airport telah dibuka semula dengan prosedur lebih ketat demi memastikan keselamatan kakitangan dan tetamu selepas ia ditutup baru-baru ini setelah tiga kakitangan dijangkiti Covid-19.



Hotel itu kini dibuka bagi penginapan untuk kru penerbangan luar negara sahaja, dan bukan untuk percutian dalam negeri oleh warga setempat, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung dalam satu catatan Facebook semalam.



Ia dibahagikan kepada zon hijau dan jingga, bergantung pada potensi pendedahan kepada virus itu.



"Lebih banyak langkah telah diambil demi memastikan kru penerbangan luar negara tidak keluar dari bilik mereka, dengan cucian pakaian dan penghantaran makanan tanpa kontak disediakan.



"Banyak usaha telah dilakukan untuk memastikan kakitangan yang bekerja dalam zon jingga memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE), dan dilatih dengan betul," kata beliau, yang telah mengunjungi hotel itu untuk meninjau langkah-langkah yang telah dilaksanakan.



Encik Ong menambah bahawa sekitar 180 kakitangan hotel itu juga telah menerima vaksin mereka.



Hotel tersebut ditutup dari 8 hingga 21 Januari lalu sebagai langkah berjaga-jaga selepas tiga kakitangan - lelaki warga Singapura berusia 20 tahun; lelaki warga Korea 24 tahun; dan wanita Malaysia 43 tahun - dijangkiti Covid-19.



Warga Singapura itu diuji positif bagi varian Covid-19 United Kingdom (UK) yang lebih mudah berjangkit.



Ketiga-tiga pekerja hotel itu telah menghantar makanan yang telah dibungkus kepada kru penerbangan dan tetamu hotel.



Encik Ong berkata kawasan dapur dan restoran itu, yang berada dalam zon hijau, di mana kakitangan menyiapkan dan membungkus makanan paling menarik perhatiannya.



Di seberang garis sempadan restoran itu ialah zon jingga, di mana kakitangan yang memakai PPE mengambil makanan tersebut untuk menghantarnya ke bilik, tambah beliau.



Encik Ong turut mengongsi pertemuannya dengan Cik Thulasi, seorang kakitangan dapur yang baru saja kembali bekerja selepas dijangkiti Covid-19.



Cik Thulasi telah mengalami gejala ringan, dan baru saja mendapatkan vaksin bagi virus itu.



"Apabila beliau sakit, semua rakan sekerjanya dikuarantin, dan semua kakitangan pihak pengurusan membantu memasak dan membersihkan dapur.



"Terdapat banyak semangat positif di hotel ini walaupun apa yang berlaku. Saya rasa itulah sebabnya ia dipilih sebagai hotel lapangan terbang terbaik di dunia," kata beliau.



Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) baru-baru ini, hingga minggu lalu, lebih 52,000 pekerja bidang pengangkutan termasuk sektor penerbangan sudah menerima dos pertama vaksin.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam mesejnya sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu lalu pula, berkata seramai 250,000 penduduk di Singapura telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, termasuk kebanyakan pekerja barisan depan dan khidmat penting.



Penduduk lain pula boleh menjangka menerima tawaran mengambil vaksin tahun ini, jika bekalan vaksin tiba mengikut jadual, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >