Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel Raffles kedua akan dibuka di Sentosa pada 2022

Jun 25, 2019 | 04:21 PM



HOTEL Raffles kedua dijangka dibuka di Singapura pada 2022, lebih seratus tahun selepas monumen nasional asli di Beach Road dibuka pada 1887. 


Pengendali hotel Accor Group, yang bekerjasama dengan pembangun hartanah Royal Group, mengumumkan hari ini bahawa Raffles Sentosa Resort and Spa Singapore akan dibina di Sentosa. 


Resort vila yang disarankan itu akan memaparkan 61 vila, setiap satu dengan kolam air tersendiri, yang terletak di kawasan hartanah berukuran 1,000,000 kaki persegi, sama besar dengan 17 padang bola. 


Royal Group, yang memiliki SO Sofitel Singapore dan Sofitel Singapore Sentosa Resort & Spa, akan membina resort baru Raffles itu di tanah yang terletak bersebalahan Sofitel sedia ada di Sentosa. 


Pengarah pengurusan Royal Group Peter Wilding berkata semasa sidang media hari ini, hotel tersebut merupakan interpretasi jenama Raffles yang ikonik. 


“Kami banyak mengkaji resort mewah di Singapura dan di Sentosa kami mendapati bahawa ada permintaan daripada pelancong yang ingin menetap di resort eksklusif mewah dengan aspek privasi dan keselamatan. Jika kita tidak melancarkan hotel vila baru ini, kami mungkin tidak dapat menarik pelancong yang akan ke kawasan lain di Asia.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >