Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENYAMBUT RAMADAN

Hotel, restoran jangka permintaan tambahan bagi jamuan buka puasa

May 06, 2019 | 05:30 AM



HOTEL dan restoran menjangkakan peningkatan tempahan sehingga 15 peratus sempena musim Ramadan ini.



Faktor seperti sajian yang pelbagai, suasana selesa serta kemudahan bersolat merupakan antara sebab mengapa berbuka puasa di hotel dan restoran terus mendapat perhatian.



Bagi restoran The Halia yang terletak di Taman Bunga Singapura, tempahan berbuka puasa sempena Ramadan telah bermula sejak sekitar dua minggu lalu.



Pengarah Operasinya, Encik Gavin Chen, melahirkan rasa yakinnya bahawa tempahan sempena Ramadan kali ini akan bertambah antara 10 dengan 15 peratus berbanding tempoh tahun lalu.



"Angka tersebut dijangka melebihi tahun lalu memandangkan semakin ramai orang lebih sedar akan status halal kami, selain kami mendapat sokongan masyarakat Muslim.



"Pada masa yang sama, kami juga bersiap sedia untuk memperingati ulang tahun Bicentennial Singapura," katanya.



Menurutnya selain tempahan daripada keluarga bukan Muslim serta pihak korporat, terdapat juga tempahan masyarakat Muslim sempena Ramadan ini.



Tahun ini, katanya, sajian Ramadannya turut menyajikan 12 sajian yang memaparkan masakan Eropah dengan pengaruh Asia dan menunya disesuaikan untuk dikongsi antara empat dengan lima orang.



"Ini amat penting sempena Ramadan di mana kami ingin menggalak para pelanggan datang berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai mereka," jelasnya.



Bagi Straits Cafe yang terletak di Hotel Rendezvous, lokasinya yang tengah bandar merupakan antara tarikan mengapa tempahan berbuka puasa telah dibuat sejak 22 April lalu.



Ketua Pegawai Operasi, Refinery Concepts, Encik Brian Stampe, berkata selain keluarga dan penduduk setempat, pihaknya juga menyaksikan peningkatan trend syarikat yang membuat tempahan.



"Kami telah terima pertanyaan sejak awal April dan kemudian tempahan seawal 22 April, dan kami optimistik dengan repons tahun ini, memandangkan kian ramai pelanggan yang lebih sedar akan tawaran sajian halal kami," katanya.



Restoran itu mula menyediakan sajian halal sejak tahun lalu dengan tawaran menu yang dilanjutkan untuk satu tempoh terhad.



Antara sajian yang disediakan termasuk Daging Masak Kicap, Ayam Masak Merah, Nasi Minyak, dan Ayam Goreng Berempah, selain Mi Udang KL, Teh Chic Kut Kland dan Nasi Ayam Ipoh.



Keyakinan juga ditunjukkan Restoran Carousel yang terletak di Hotel Royal Plaza on Scotts, yang menjangkakan bahawa restoran itu mampu mengisi sehingga 90 peratus daripada keseluruhan kapasitinya (280 tempat duduk) sepanjang Ramadan ini.



Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Pengalaman (CEO) Royal Plaza on Scotts, Encik Patrick Fiat, berkata pihaknya menjangkakan tempahan bertambah pada minggu kedua Ramadan.



"Berdasarkan pemantauan kami pada tahun lalu, para pelanggan biasanya membuat tempahan apabila berdekatan dengan tarikh mereka ingin berbuka puasa.



Di restoran tersebut, selain sajian yang pelbagai, terdapat juga ruang solat - memudahkan masyarakat Muslim yang menunaikan ibadah sebelum atau selepas berbuka puasa.



Jika tahun lalu restoran tersebut menyediakan sajian barbeku istimewa, tahun ini ia menyajikan pula pelbagai hidangan Cina, Melayu, India dan Peranakan.



Penolong Pengurus Eksekutif Park Hotel Farrer Park, Encik Ken Yong, pula berkata Restoran Blue Jasmine yang terletak di hotel tersebut menjangkakan trend tempahan tahun ini serupa seperti tahun lalu.



Mereka mengharapkan tempahan akan mampu meningkat sekitar 3.5 peratus berbanding hari biasa.



Semasa musim Ramadan yang lalu, tempahan mereka meningkat tiga peratus berbanding tempahan hari biasa.



"Seperti biasa ibu bapa amat teruja bahawa anak-anak mereka yang berusia lima tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.



"Selain sajian bufet, kami menereima banyak pertanyaan tentang ruang tempat duduk serta mereka yang buat tempahan secara berkumpulan.



"Nampaknya tempahan berjalan lancar," katanya.



Pengarah Makanan dan Minuman, AquaMarine, yang terletak di Hotel Marina Mandarin Singapore Encik Lee Beng Khoon, berkata pihaknya juga mula menerima tempahan sejak April lalu.



Sajiannya yang pelbagai seperti ayam golek, udang vadai goreng selain telur kacang pool, serta stesen barbeku pada hujung minggu jelas menjadi tarikan.



"Tempahan sedang berjalan lancar dan kami jangkakan lebih banyak tempahan apabila puasa bermula," katanya dalam emel yang dihantar minggu lalu.



Laporan tambahan: Masturah Razali




SENARAI JADI PILIHAN



•The Halia di Botanic Gardens



Harga hidangan bermula dari $13++ hingga $98++



Butiran: Antara sajian yang disediakan adalah Spiced Wagyu Beef, Pan Roasted Lamb Rack dan Chilli Crab.



•Straits Cafe di Hotel Rendezvous



Harga pada hari Isnin hingga Khamis adalah $54++ dan hari Jumaat hingga Ahad adalah $62++



Butiran: Antara sajian yang disediakan adalah Ayam Goreng Berempah, Mi Udang KL, Teh Chic Kut Kland dan Nasi Ayam Ipoh.



•Carousel di Hotel Royal Plaza on Scotts



Harga pada hari biasa: $46++ untuk kanak-kanak dan $80++ untuk orang dewasa



Harga pada hari minggu: $49++ untuk kanak-kanak dan $88++ untuk orang dewasa



Butiran: Antara sajian yang disediakan adalah Laksa Singapura, Nonya Chap Chye dan Ayam Buah Keluak



•Blue Jasmine di Park Hotel Farrer Park



Harga bermula dari $29++ untuk kanak-kanak dan $58++ untuk orang dewasa



Butiran: Antara sajian yang disediakan adalah Crab Meat Pineapple Fried Rice, Daging Masak Paprik, Vegetable Spring Roll



•Aquamarine Hotel Marina Mandarin



Harga pada hari biasa: $36.50++ untuk kanak-kanak dan $73++ untuk orang dewasa



Harga pada hari minggu: $41.50++ untuk kanak-kanak dan $83++ untuk orang dewasa



Butiran: Antara hidangan yang disediakan adalah Ayam Golek, Udang Vadai Goreng dan telur kacang pool




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >