Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB akan terus perluas daya usaha jaga kesihatan kepada lebih banyak masjid

Dec 25, 2019 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) akan terus memperluas daya usaha 'Jaga Kesihatan, Jaga Ummah' (JKJU) kepada lebih banyak masjid pada masa hadapan.



Mengumumkan demikian kepada Berita Harian (BH), Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, berkata langkah itu diambil menyusuli bilangan penyertaan jemaah yang memberangsangkan.



Sehingga hari ini, 23 masjid di Singapura telahpun menyertai daya usaha yang dilancarkan pada Ogos 2017.



Jumlah tersebut merupakan peningkatan daripada 15 masjid yang mengambil bahagian pada tahun ia diperkenal.



Encik Amrin turut mendedahkan bahawa menjelang tahun depan, bilangan tersebut akan meningkat setelah sembilan lagi masjid bersetuju turut serta dalam membantu mempertingkat gaya hidup sihat masyarakat Melayu/Islam Singapura.



"Ini sememangnya satu berita yang bagus kerana jika dilihat kita mempunyai masjid di seluruh negara ini.



"Dan masjid yang terlibat akan menganjurkan pelbagai kegiatan yang memberi perhatian kepada empat bidang, iaitu pemakanan, kecergasan menerusi senaman, pemeriksaan kesihatan serta membantu buang tabiat merokok," kata Encik Amrin.



Daya usaha JKJU ini bertujuan menggalak lebih ramai anggota masyarakat Melayu memilih gaya hidup sihat.



Masjid yang terlibat akan menganjurkan program dan kegiatan gaya hidup sihat bagi jemaah mereka.



Lebih daripada 30,000 jemaah mengambil bahagian dalam pelbagai program gaya hidup sihat di masjid yang menganjurkan JKJU antara Januari dengan September tahun ini.



Ini termasuk sesi kegiatan fizikal beramai-ramai seperti 'Zumba Gold' dan latihan litar (circuit training), pemeriksaan kesihatan yang membantu mengenal pasti kemerosotan tahap kesihatan penglihatan, pendengaran dan pertuturan dalam kalangan warga emas serta tunjuk cara memasak hidangan sihat.



Pada Julai lalu, seramai 200 wakil masjid, pertubuhan dan sektor penjagaan kesihatan berganding bahu dalam melakar program mempertingkat tahap kesihatan masyarakat Melayu/Islam menerusi Seminar 'Pelan Kerja JKJU'.



Seminar itu bertujuan menggabungkan buah fikiran warga dengan matlamat mendekati lebih ramai masyarakat Melayu/Islam di sini.



Ia turut mencerminkan komitmen dan minat yang ditunjukkan oleh masjid di sini dengan lebih memahami masalah kesihatan yang mempengaruhi masyarakat Singapura, selain menggariskan kepentingan kerjasama antara masjid dengan badan lain.



Berdasarkan hasil yang diperolehi daripada pelan kerja berkenaan, HPB akan merumuskan pelan tindakan dalam menganjurkan kegiatan yang mempromosi kesihatan yang mudah dilaksanakan dalam persekitaran masjid.



Dengan itu, Encik Amrin berkata HPB akan menyediakan lebih banyak program menjalani gaya hidup sihat melalui daya usaha JKJU.



Antara lain, menganjurkan program menjejak makanan yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pemakanan dan memberikan panduan bagaimana jemaah masjid dapat mengenal pasti pilihan makanan yang lebih baik di pusat-pusat penjaja.



Mengulas tentang penglibatan masjid dalam menjalankan daya usaha JKJU itu, Encik Amrin berkata mereka menjadi rakan kongsi yang sangat berharga dan diberi kuasa menjadi sebahagian daripada penyelesaian terhadap masalah kesihatan yang membelenggu masyarakat Melayu/Islam.



"Kesihatan juga adalah seruan agama. Kalau kita tidak sihat, kita tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dengan sebaik mungkin," ujarnya lagi.



Melangkah ke hadapan, Encik Amrin berkata HPB telah menetapkan hasrat akan terus berkembang dan memperluas daya usaha itu dengan memperdalam penglibatan dengan lebih banyak pertubuhan Melayu/Islam (MMO) selain masjid menyertai rangkaian JKJU ini.



HPB sedang meneroka peluang kerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi menjalankan kegiatan fizikal serta saringan kesihatan sebagai persediaan bagi jemaah buat ibadah umrah atau haji mereka pada tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >