LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) menyasarkan inisiatif 'Jaga Kesihatan, Jaga Ummah' (JKJU) dapat dilaksanakan di 20 masjid dan mendampingi sekitar 12,000 peserta menjelang hujung tahun ini.
Ia sebahagian daripada daya usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu/Islam tentang amalan gaya hidup sihat.