Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB iktiraf syarikat pastikan kesejahteraan mental pekerja

Nov 12, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 93 peratus pertubuhan yang menerima anugerah Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental pekerja.



Ini adalah peningkatan daripada 45 peratus pada 2019 apabila anugerah itu yang dikenali sebagai Membantu Semua Orang Mencapai Kesihatan Sepanjang Hayat, diadakan buat kali terakhir sebelum pandemik Covid-19.



Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan, Dr Janil Puthucheary memuji usaha pelbagai pihak dalam menjalani kehidupan yang sihat.



"Penerima anugerah tahun ini menunjukkan bagaimana setiap usaha ditambah untuk menjadikan kehidupan yang sihat dapat dicapai oleh setiap lapisan masyarakat seperti kanak-kanak kecil, orang dewasa dan warga emas," jelasnya.



Tahun ini, seramai 135 penerima dari tempat kerja, prasekolah dan penyokong hidup sihat menerima anugerah itu.



Sekitar 75 prasekolah menerima Anugerah Prasekolah Sihat (Platinum), yang menggalak kehidupan sihat di prasekolah melalui inisiatif walaupun berhadapan dengan Covid-19.



Antara penerima itu ialah Enfant Educare yang menerapkan tabiat pemakanan yang baik dan gaya hidup aktif.



Ketua Pusat Enfant Educare, Cik Nurliza Mohd Shah berkata sewaktu pandemik, Enfant Educare menganjur sesi memasak di mana sekolah menggalak pelajar dan ibu bapa mereka memasak pelbagai jenis masakan antarabangsa dengan bahan yang lebih sihat.



Inisiatif itu bagi membantu kanak-kanak prasekolah memahami kepentingan pengambilan makanan seimbang pada usia muda, yang akan menjadi kebiasaan dan sebahagian daripada gaya hidup mereka.



Enfant Educare juga beri penekanan yang berat pada masa aktif di mana kanak-kanak prasekolah diajar konsep Olimpik dan Paralimpik dengan menyertai sukan tersebut.



"Kami mahu anak-anak kami mendapat pendedahan yang baik kepada sukan dan permainan, dan untuk mereka faham bahawa semua orang boleh melibatkan diri dengan sukan," kata Cik Nurliza.



Satu lagi penerima, beIN Sports Asia Pasifik, pula mengadakan bengkel pengurusan gangguan kesihatan dan tekanan yang dikendalikan oleh HPB.



Mereka melaksanakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan dalam talian untuk pekerja mendapatkan sokongan.



"Semasa pandemik, kami telah melihat peningkatan pekerja kami yang memerlukan ruang untuk bercakap tentang cabaran peribadi yang dihadapi. Dengan menjaga kesejahteraan mental pekerja kami, kami telah melihat mereka kembali dengan lebih gembira yang meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja", kongsi Cik Pamela Teo, Pengarah, Sumber Manusia dan Pentadbiran beIN Sports Asia Pasifik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >