Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB lancar kempen baru sebar bahaya rokok

Kempen 'I Should Have Said' ketengah kisah bekas perokok buang tabiat buruk
Oct 15, 2018 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) melancarkan kempen pendidikan baru berkaitan bahaya merokok ke atas kesihatan.



Kempen yang bertajuk 'I Should Have Said' (Saya Sepatutnya Luahkan) itu akan mengetengahkan kisah bekas perokok yang berkongsi bagaimana mereka kesal akan akibat buruk yang telah menimpa diri mereka dan orang-orang tersayang.



Ini akan dijalankan sehingga Disember ini menyusuli kajian yang telah dilakukan tahun lalu ke atas 100 perokok bagi mengenal pasti hambatan yang dihadapi apabila mereka cuba berhenti merokok.



Menurut kajian itu, perokok lebih terbuka menerima panduan tentang bagaimana untuk berhenti merokok daripada mereka yang berjaya berbuat demikian.



Ini kerana individu itu dilihat sebagai contoh dan dapat lebih memahami cabaran dalam usaha berhenti merokok.



Melalui siri video yang akan dimuat naik di laman Facebook I Quit, kempen itu bermatlamat dapat menyentuh kededua golongan perokok serta mereka yang tidak merokok.



Kempen pendidikan awam terbaru itu melengkapkan program berhenti merokok, I Quit, yang mula dilaksanakan pada 2011.



Kempen 'I Should Have Said' itu dilancarkan semalam oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan), Encik Amrin Amin, di Heartbeat @ Bedok.



Menurut Encik Amrin, beliau akur proses berhenti merokok bukanlah satu yang mudah.



Beliau berharap menerusi video yang penuh emosi, ia dapat memujuk mereka yang merokok agar berhenti dan bagi mereka yang tidak merokok, supaya tidak mencuba.



"Kita perlu dorongan keluarga untuk pastikan perokok dapat sokongan untuk berhenti.



"Kempen ini juga memberi saranan kepada keluarga tentang apa yang boleh dilakukan bagi mengajak ahli keluarga yang merokok itu mengambil bahagian dalam kegiatan lain yang lebih sihat seperti bersenam," tambah Encik Amrin.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan HPB semalam, setiap hari, sekitar enam warga Singapura meninggal dunia disebabkan penyakit yang dikaitkan dengan merokok seperti barah, penyakit jantung, strok, dan penyakit penghalang pulmonari kronik (COPD).



Seorang peserta program I Quit, Encik Muhd Rahmat Abdullah, 19 tahun, berkata melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar setiap hari di bawah program itu, ia memberi peringatan bagi beliau supaya meluangkan masanya melakukan kegiatan lain selain merokok.



"Mesej yang dihantar usaha yang baik sekali kerana ia membantu saya mengurangkan kegiatan merokok saya beransur-ansur," tambahnya yang kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Encik Rahmat, yang mula merokok sejak di bangku sekolah rendah lagi berjaya berhenti merokok sejak April lalu.



Semalam, program I Quit edisi kelapan juga dilancarkan dan selama 28 hari, perokok akan disarankan 28 kegiatan bagi menggantikan kegiatan merokok seperti bermain bola dan menonton wayang.



Maklumat lanjut tentang program ini boleh didapati di healthhub.sg/iquit.



"Kita perlu dorongan keluarga untuk pastikan perokok dapat sokongan untuk berhenti. Kempen ini juga memberi saranan kepada keluarga tentang apa yang boleh dilakukan bagi mengajak ahli keluarga yang merokok itu mengambil bahagian dalam kegiatan lain yang lebih sihat seperti bersenam."
- Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >