LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) melancarkan kempen pendidikan baru berkaitan bahaya merokok ke atas kesihatan.
Kempen yang bertema ‘I Should Have Said’ (Saya Sepatutnya Berkongsi) itu akan mengetengahkan kisah perokok yang berkongsi bagaimana mereka kesal akan akibat buruk yang telah menimpa diri mereka dan orang-orang tersayang.
Ia akan dijalankan sehingga Disember ini menyusuli kajian yang telah dilakukan tahun lalu atas 100 perokok bagi mengenal pasti hambatan yang dihadapi apabila mereka cuba berhenti merokok.
Menurut kajian itu, perokok lebih terbuka menerima tip tentang bagaimana untuk berhenti merokok daripada mereka yang berjaya berbuat demikian.
Ini kerana individu itu dilihat sebagai contoh dan dapat lebih memahami cabaran dalam usaha berhenti merokok.
Kempen ‘I Should Have Said’ itu dilancarkan hari ini (14 Oktober) oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan) Amrin Amin, di Heartbeat @ Bedok.